“Come Here Baby, Dekat Lagi…” – Aksi Terbaharu Anas Tahir Menerusi Caligrafia

Kalau hanya baca tajuk mesti salah faham.

Tapi sebenarnya ia adalah bait lirik sebuah lagu yang bukan tujuan maksiat sebaliknya mahu mempromosikan keindahan seni kaligrafi.

Lagu terbaharu berjudul Caligrafia ini dinyanyikan Anas Tahir bersama Faisal Alwie yang juga pelukis kaligrafi yang mempunyai galeri lukisan sendiri.

Lirik dan melodi yang ‘catchy’ menjadikan lagu Caligrafia mudah menghiburkan pendengar.

Biasanya lagu yang mempunyai tema cinta lebih menarik perhatian pendengar. Namun, buah tangan mereka berdua kali ini tidak mengecewakan pendengar.

Rentak muzik rancak seperti raggae dengan bait lirik yang ringkas mampu membuatkan pendengar terhibur seolah mahu ‘berjoget’ sama.

Lagu ini menampilkan sisi lain gaya nyanyian Anas yang popular dikenali sebagai penyampai radio Zayan.

Anas (kiri) bersama Faisal bergaya seperti Pak Arab dalam klip video lagu terbaharu mereka berjudul, Caligrafia.

Apa yang menarik pada mesej lagu ini juga adalah visualnya menunjukkan keindahan seni lukisan kaligrafi huruf jawi yang sepatutnya dimiliki orang Islam sebagai perhiasan di rumah.

Mungkin selepas pendengar menonton klip video lagu ini, hati mereka terdetik untuk membeli lukisan kaligrafi.

Bukan saja cantik dipandang tapi ia juga mampu menjadikan suasana dalam rumah menjadi ‘sejuk’ daripada gangguan syaitan.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*