Last Updated: 02/04/2020 - 1:41 AM

Aprena Manrose Pontianak Cun Dalam Jodoh Syaitan

Hantu cantik penonton suka tengok.

Ia mungkin dianggap klise apabila pembikin filem cuba menggambarkan hantu cantik dalam filem mereka.

Bagaimanapun, cantik membawa maksud sebaliknya kerana hantu merupakan jelmaan syaitan yang menganggu manusia boleh menyerupai apa jua wajah dan bentuk.

Antara babak menarik lakonan Soffi bersama Aprena yang pasti membuatkan penonton tergelak besar.

Begitu juga dalam filem terbaharu berjudul Jodoh Syaitan arahan Ismail Bob Hasim yang bakal menjengah di pawagam pada 5 Mac ini.

Dalam filem terbitan Da Motion Media kali ini menampilkan pelakon cantik Aprena Manrose sebagai hantu.

Aprena membawa watak sebagai Mawar iaitu gadis misteri yang dipertemukan jodoh dengan manusia lakonan Soffi Jikan.

Menurut Aprena, pembabitannya dalam filem tersebut nyata memberi kelainan buat dirinya berbanding lakonannya sebelum ini.

“Saya gembira apabila diberi peranan watak pontianak memandangkan belum pernah melakonkan watak sebegini.

“Tidak dinafikan ia memberikan cabaran tersendiri memandangkan saya sendiri seorang yang penakut. Jadi, saya kena betul-betul jadi berani untuk menjayakan watak yang diberikan ini,” ujarnya.

Lakonan Aprena sebagai Mawar bakal menakutkan penonton dalam filem Jodoh Syaitan.

Menurut Aprena, pada awalnya dia memang teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem ini tetapi dia mula hilang keyakinan kerana bimbang tidak mampu menjayakannya.

“Alhamdulillah, penerbit sendiri iaitu arwah abang Assey banyak berikan keyakinan. Tanpa arwah, mungkin saya tidak akan terbabit dalam filem Jodoh Syaitan.

“Lagipun saya tidak perlu menjalani uji bakat untuk filem ini dan semuanya telah dipermudahkan. Saya anggap ia satu rezeki yang tidak dijangka sebagai pelakon baharu,” jelasnya.

Selain Aprena dan Soffi, filem ini juga dibintangi pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Kamarool Yusof, Jay Iswazir dan Allahyarham Abam Bocey. (Baca lagi: Jodoh Syaitan Penampilan Terakhir Abam Bocey)

Bagi peminat filem genre seram komedi, jangan lepaskan peluang menonton filem Jodoh Syaitan di pawagam pada 5 Mac ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino