Last Updated: 07/08/2020 - 5:57 PM

Jodoh Syaitan Penampilan Terakhir Abam Bocey

Bertemu jodoh dengan syaitan?

Selepas kejayaan filem sulung, M4M4 terbitan Da Motion Media meraih kutipan RM2.4 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, produksi ini kembali dengan karya terbaru mereka.

Filem seram komedi berjudul Jodoh Syaitan dijangka menarik perhatian penonton ke pawagam untuk berhibur.

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah ia menampilkan gandingan pelakon berpengalaman terdiri daripada Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Hj Yusoff dan Fauziah Nawi.

Filem Jodoh Syaitan mengangkat Soffi Jikan sebagai pelakon utama.

Pengarahnya, Ismail Bob berkata, idea untuk menghasilkan filem ini adalah cetusan idea penerbit sendiri iaitu Allahyarham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar.

Jelasnya, ketika ditawarkan untuk mengarahkan filem berkenaan sewaktu pertemuan kali pertama, dia menolak pelawaan arwah kerana mahu fokus kepada kerja lain.

“Apabila kami berjumpa lagi dan arwah memujuk saya. Kemudian saya letakkan syarat bahawa saya tidak menjanjikan sebarang keuntungan atau pulang modal untuk menghasilkan filem ini dan arwah bersetuju.

“Kemudian ketika saya tanya filem apa yang ingin dihasilkan, arwah memberitahu dia mahu menghasilkan filem seram komedi memandangkan ia antara genre yang cukup digemari penonton,” ujarnya yang sudah mengarahkan 17 filem setakat ini.

Jangan lepaskan peluang menonton filem terbaharu, Jodoh Syaitan di pawagam pada 5 Mac ini.

Bagi pemilihan pelakon, dia merasakan penampilan Soffi Jikan dan Aprena Manrose sebagai watak utama memang sesuai dengan karakter yang dibawakan dalam filem ini.

Lebih istimewa, filem ini turut menampilkan aksi terakhir arwah Abam Bocey di layar perak.

Ismail Bob Hasim (duduk) bersama pelakon dan kru produksi ketika penggambaran filem Jodoh Syaitan.

Ismail Bob menjelaskan dia bersama Abam selalu bekerjasama dalam program televisyen yang dihasilkan dan sudah tiba masanya untuk mereka sama-sama terbabit dalam filem.

“Mengenai cabaran pula, kami tidak berhadapan sebarang kesulitan yang besar, melainkan faktor cuaca yang tidak menentu sepanjang penggambaran di Kelantan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan penggambaran dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Filem Jodoh Syaitan mengubat kerinduan penonton terhadap Abam Bocey.

Apa kisah yang mahu disampaikan menerusi filem Jodoh Syaitan kali ini, saksikan ia di pawagam bermula 5 Mac ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino