04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Tah* Tetap Akan Bau Walaupun ‘Shooting’ Di Eropah

1 min read

Apa komen anda pasal drama tempatan?

Puas hati, cerita dan karakter stereotaip hingga membosankan atau ia memang menghiburkan dengan mengambil kira ‘rating’ penonton seperti mana dimaklumkan stesen TV.

Hakikatnya, segelintir berpandangan senario drama tempatan sudah hilang kualiti.

Pengarah drama popular, Murali Abdullah berpandangan produser tempatan mempunyai impian menerbitkan karya mereka dengan kualiti bajet besar tapi realitinya bayaran yang dikeluarkan pihak produksi hanya ‘ciput’.

“Permintaan Produser Filem/TV mahukan karya mereka seperti kereta Ferrari tapi mereka keluarkan budget yang hanya boleh beli kereta Kancil.

“Bila pengarah menghasilkan sebuah produksi yang murah, pengarah filem dimarah dan digantikan dgn ‘pengarah baru’ (Pelacur Seni).

“Tetapi yang pasti drama-drama produser-produser rupanya macam tahi walaupun dihiasi dgn babak-babak di luar negara dan artis2 kayu yang sado dan yang cun dan lagu-lagu terkini,” katanya dalam satu status di Facebook akaunnya, baru-baru ini.

Murali (tiga dari kiri) bersama rakan seperjuangan, Aziz M Osman dan Z Lokman ketika hadir pada acara taklimat program Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL) di Kolej Teknologi MEA, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Murali mentafsirkan pengarah baru sebagai pelacur seni. Malah, kualiti drama tempatan terus ‘hancur’ meskipun babak yang dipertontonkan dirakam penggambaran di lokasi cantik di luar negara.

“Tahi tetap akan bau tahi walaupun ‘shooting’ di Eropah. Harapan saya agar produser-produser tahi ini berhenti dari menghasilkan drama dan tukar kerja,” sambungnya.

Dia juga berpandangan filem yang gagal meraih kutipan besar di pawagam tidak semestinya filem yang teruk.

Sebaliknya, penonton tidak diberikan info mengenai kehebatan filem tersebut.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.