Last Updated: 02/04/2020 - 1:41 AM

Peluang Belajar Buat Duit Guna YouTube Secara Percuma Bersama Pakar

Zaman makin canggih apabila media sosial menguasai kehidupan masyarakat dunia.

Percaya atau tidak, sesiapa saja boleh menjana pendapatan menerusi media sosial tanpa perlu menjadi selebriti atau hero filem Hollywood.

YouTube antara platform paling popular yang sering menarik perhatian ramai pengguna untuk memuatkan naik pelbagai video untuk tujuan tatapan umum.

Peluang dapat duit cukup mudah apabila video tersebut ditonton ramai pengguna mencecah puluhan ribu hingga sejuta, pemilik akaun itu sudah boleh tersenyum bangga sebab mendapat bayaran daripada YouTube.

Bagi berkongsi kisah kejayaan di sebalik platform YouTube ini, satu Bengkel Kemahiran YouTube akan diadakan selama dua hari bermula esok (22 Februari).

Apa yang menarik adalah bengkel ini disertai individu yang dianggap pakar yang sudah berjaya meraih populariti dan pendapatan lumayan menerusi YouTube seperti Matlutfi, Mr. Kokom dan Sofyank96.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang turut serta dalam satu lagi program tayangan filem iaitu Program Komuniti Sinema yang berlangsung pada tarikh yang sama.

Bengkel Kemahiran Youtube dan Program Komuniti Sinema ini dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyasarkan komuniti belia bagi memberi pendedahan berkaitan industri kandungan kreatif, seterusnya menggalakkan percambahan idea dan penaiktarafan ilmu antara penggiat industri kreatif untuk mentransformasikan bidang-bidang kritikal dan khusus kepada penggiat industri, pelajar serta orang ramai secara amnya.

Selain itu, FINAS juga mengadakan Pameran dan Promosi FINAS pada dua tarikh tersebut. Kesemua program akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Info buat pengunjung, penyertaan adalah percuma.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino