Bekas Rockers Ramai-Ramai Turun Ke Masjid

Selebriti turun ke masjid?

Jarang sebenarnya industri hiburan tempatan khususnya penganjur mengadakan aktiviti di masjid yang mengajak golongan artis turut serta.

Jika ada sekalipun, ia lebih terarah pada golongan artis nasyid atau artis yang dikategori ‘sudah kembali ke pangkal jalan’.

Biar apapun persepsi masyarakat terhadap artis, ia tidak seharusnya membantutkan usaha penganjur untuk terus mengadakan aktiviti bermanfaat yang boleh dikongsi artis dan juga orang ramai.

Istimewa sepanjang tarikh 13 hingga 16 Februari ini, satu program dikenali sebagai Rehlah Islahiyyah akan berlangsung di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menariknya, ramai selebriti turun padang menjayakan program ini antaranya, Dr Sam, Zack Kool, Zul Handyblack termasuk bekas rockers, Ijam Medicine, Ali dan Izo XPDC.

Rehlah bermaksud mengunjungi sesuatu tempat manakala Islahiyyah merujuk pada aktiviti berdakwah, diharap dapat menarik ramai pengunjung terutama penduduk di sekitarnya untuk hadir beramai-ramai.

Penganjur juga mengajak semua pengunjung dari seluruh negara bersama memeriahkan program julung kali ini.

Inilah masanya untuk kita bersama-sama ke masjid selain pergi solat Jumaat, solat Aidilfitri, Aidiladha mahupun akad nikah.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*