Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Apa Boleh Kita Belajar Kejayaan Parasite Di Oscar?

Boon mesti tidur lena…

Mungkin itu tanggapan peminat terhadap Boon Joon-ho.

Nama beliau bukan hanya gah di negara sendiri tapi seluruh dunia semakin kenal sutradara hebat dari Korea Selatan ini.

Terkini, kehebatan Parasite di Oscar turut menerima pengiktirafan rasmi Guinness World Records sebagai filem cereka antarabangsa menang banyak anugerah Oscar.

Ketika menerima anugerah Oscar untuk kategori Pengarah Terbaik semalam, Boon sempat menyebut nama Martin Scorsese di atas pentas selepas menerima trofi kemenangan.

Ujarnya, sejak bersekolah dia sudah menggagumi karya pengarah tersohor Hollywood itu yang dijadikan sumber rujukan untuk dia belajar mengenai filem. Ketika kamera ditujukan pada Scorsese, lelaki berusia 78 tahun itu tersenyum memberikan reaksi di bawah pentas.

Komen Boon selepas menang anugerah Pengarah Terbaik. (Foto: The Academy – Twitter)

Filem arahan Boon iaitu Parasite mencipta sejarah Anugerah Academy selepas menang 4 anugerah termasuk Cereka Antarabangsa Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan sudah tentu paling dahsyat, Filem Terbaik.

Kejayaan tersebut merupakan pertama kali dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij dunia itu yang mengangkat filem bahasa asing sebagai Filem Terbaik.

Banyak cerita pencapaian Boon bersama Parasite boleh dibaca sendiri netizen di Internet. Namun, persoalan apa yang boleh kita belajar daripada kejayaan Parasite menang besar di Oscar?

Parasite kini turut ditayangkan di sini, sudah tentu anugerah Oscar yang mengiktiraf filem ini mencetuskan rasa teruja penonton di seluruh dunia untuk pergi menonton.

Filem Parasite berjaya mencipta fenomena baru dunia sinema antarabangsa.

Apa yang menjadi bualan netizen di media sosial juga adalah Boon lebih selesa menggunakan bahasa negaranya sendiri meskipun dia boleh mengupah jurubahasa untuk menulis ucapan kemenangannya.

Ada berpandangan di sebalik kejayaan Parasite, orang Korea sendiri berbangga dengan bahasa ibunda mereka seperti masyarakat Indonesia dan Thailand. Bagaimana pula dengan orang Malaysia?

Jika anda perasan, masih ada dalam kalangan rakyat kita sendiri bukan Melayu yang tergagap cakap bahasa Malaysia. Apakah perkara ini dianggap remeh dan tidak penting atau sebaliknya?

Ini bukan isu rasis tapi kerajaan bersama pihak bertanggungjawab perlu lebih agresif dalam memainkan peranan memartabatkan bahasa Kebangsaan.

Selain isu bahasa yang boleh kita perkatakan, isu penting yang perlu difikirkan juga adalah masa depan filem Malaysia untuk ke Oscar.

Fikir sejenak, agak-agak bila filem Malaysia mampu meraih anugerah Oscar atau setidak-tidaknya tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Suatu ketika dulu kita mempunyai Content Malaysia Pitching Centre di Platinum Sentral, Kuala Lumpur yang bertanggungjawab memberi fokus pada pembangunan filem dari aspek skrip.

Khabarnya pada masa itu, ada 8 skrip dalam proses pembangunan yang bakal dijadikan filem cereka.

Kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan penggiat seni sama ada penulis skrip, produser, pengarah dan pelakon perlu dilakukan lebih serius dan agresif agar kita dapat melihat suatu hasil yang ‘luar biasa’ mungkin setanding Parasite.

Buat pencinta filem juga, Academy Museum of Motion Pictures kini dalam pembinaan akan dibuka pada umum, 14 Disember tahun ini.

Jika Hollywood terus gah dengan hasil filem mereka sehingga projek terbaharu muzium filem, bagaimana pula pembangunan filem Malaysia?

Apakah pelan strategik atau ‘blueprint’ filem kita? Ada atau masih samar-samar atau tiada langsung.

  • Artikel ini ditulis Elrafaei Sapi merupakan pensyarah perfileman juga pelajar PhD berpengalaman 17 tahun sebagai wartawan dan editor portal berita.
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino