Peluang Wakil Malaysia Ke Hollywood

Anda mahu mencipta nama di Hollywood?

Ia mungkin dianggap angan-angan tapi ia juga tidak mustahil menjadi kenyataan sekiranya anda mencuba nasib.

Siapa tahu rezeki masing-masing mampu meraih pingat World Championship of Performing Arts (WCOPA) dari Hollywood.

Penyanyi popular Datuk Syafinaz Selamat, Deja Moss, Noryn Aziz, Norish Karman dan pelakon Putri Mardiana antara selebriti tempatan yang pernah menerima pengiktirafan pada acara ini.

Putri Mardiana pernah meraih kejayaan menerusi WCOPA dalam bidang lakonan.

Seperti penganjuran tahun sebelumnya, pelbagai kategori dipertandingkan seperti peragaan, nyanyian dan lakonan.

WCOPA merupkan acara terbesar di peringkat antarabangsa yang disertai pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Malaysia yang menghantar peserta pada setiap tahun.

Tahun ini, sekali lagi penyertaan terbuka pada orang ramai untuk turut serta mewakili Malaysia ke Hollywood. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 0173101288.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*