Bella Dowanna Sanggup Kena Pijak Kepala!

Berapa ramai pelakon kita sanggup dipijak kepala?

Jangan salah faham. Ia merujuk pada komitmen menjayakan sesuatu babak lakonan.

Pastinya, ia memberikan cabaran besar pada pelakon untuk melakonkan aksi sedemikian.

Cabaran itu disahut bakat baru, Bella Dowanna yang memberikan lakonan hebat menerusi filem terbaharu, M4M4.

Dalam salah satu babak filem arahan Eyra Rahman itu, kelihatan Bella diperlakukan dengan kejam oleh samseng yang turut bertindak merogolnya.

Bella memberikan lakonan cemerlang menerusi filem pertamanya, M4M4 kini ditayangkan di pawagam bermula hari ini. (Foto: belladowanna_halim – Instagram)

Bagi pelakon baharu sepertinya, babak tersebut sememangnya cukup mencabar. Bella membawa watak sebagai Alya, anak kepada Aini lakonan Nabila Huda.

Pelakon remaja berusia 17 tahun ini juga berkongsi gambar-gambar lakonannya dalam babak filem M4M4 menerusi akaun Instagramnya, @belladowanna_halim.

View this post on Instagram

6 FEB 2020 . #m4m4

A post shared by قيستيننا ايستاجيبيللا دوواننا (@belladowanna_halim) on

Filem terbitan Da Motion ini juga dibintangi pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali dan Izzy Reef.

Bagi peminat filem genre seram thriller, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam yang mula tayangan hari ini (6 Februari).

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*