Last Updated: 21/02/2020 - 6:35 PM

Jom Bersama Meriahkan Temasya Wayang@Budiman

Berhibur sambil timba ilmu.

Jarang sebenarnya acara hiburan tempatan menekankan kedua aspek tersebut yang mengajak orang ramai berfikir tentang sesuatu isu yang dibangkitkan.

Bagi peminat filem Melayu dan filem Malaysia khususnya, jangan lepaskan peluang hadir pada acara Temasya Wayang@Budiman yang berlangsung sejak semalam (31 Januari) sehingga esok.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara Temasya Wayang@Budiman yang diadakan di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Hari ini, pelbagai program menarik disusun untuk orang ramai turut serta antaranya tayangan filem klasik Indonesia berjudul Tiga Dara jam 2 petang dan program Masterclass bersama Lisabona Rahman mengenai topik Pengarkiban, Pemeliharaan dan Restorasi Filem (4 petang).

Pengunjung berpeluang menimba ilmu mengenai arkib filem bersama pakar perfileman dari Indonesia.

Pada sebelah malam pula akan diadakan Sesi Bacaan Esei Pengalaman Menonton Wayang dijangka bermula jam 8.15 malam ini.

Filem klasik Indonesia dipilih untuk tayangan pada acara Temasya Wayang @ Budiman kali ini.

Esok pula empat lagi aktiviti menarik akan berlangsung iaitu Diskusi Meja Bulat Komuniti Filem Malaysia (11 pagi), tayangan filem klasik Indonesia berjudul Lewat Djam Malam (2 petang), Masterclass bersama Al Jafree Md Yusop mengenai Penulisan, Pengarahan dan Adaptasi Filem.

Filem Mencari Rahmat akan ditayangkan pada jam 8.15 malam esok tetapi difahamkan tempat duduk sudah penuh.

Tayangan filem klasik Indonesia tahun 1954 dipilih untuk tayangan esok.

Temasya Wayang@Budiman diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-5 komuniti ini yang diadakan di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Bagi mereka yang mempunyai kelapangan, jangan lepaskan peluang keemasan hadir ke program ini.

Filem Mencari Rahmat akan dipertontonkan pada khalayak esok.

Meskipun lokasi acara ini agak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur tetapi nilai dan semangat filem dalam acara sebegini perlu diraikan.

Pastinya, acara ini bukan hanya memberikan hiburan kosong tapi mengajak pengunjung berfikir sesuatu.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino