Alya Diperkosa Kejam, Ibu Berdepan Trauma

Bayangkan perasaan ibu terhadap anak kandung yang dirogol.

Sudah tentu ia meninggalkan trauma yang mendalam pada mangsa dan ibu pula berdepan kemelut emosi dalam memulihkan keadaan anaknya itu.

Kisah ibu begitu menyayangi anaknya menjadi antara plot yang cuba disampaikan menerusi filem terbaharu berjudul M4M4.

Ibu berdepan emosi selepas anaknya dirogol dengan kejam.

Dibintangi Nabila Huda sebagai pelakon utama membawakan watak seorang ibu bernama Aini, dia berusaha membantu anaknya iaitu Alya lakonan Bella Dowanna yang diperkosa dengan kejam.

Perhubungan antara dua beranak ini menjadi plot penceritaan dalam filem arahan Eyra Rahman yang menampilkan genre seram thriller.

Filem terbitan Da Motion Media ini juga menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali dan Izzy Reef.

Nabila menjiwai watak ibu dalam filem terbaharu berjudul M4M4.

Nabila berkata, antara sebab utama dia mahu terlibat dalam filem M4M4 ini kerana tema cerita itu sendiri tentang hubungan kuat antara ibu dan anak.

“Kehilangan itu adalah sangat menyakitkan, apatah lagi apabila anak yang disayangi dirogol dan kemudian mati dibunuh.

“Namun, filem ini sebenarnya banyak memberikan pengajaran supaya kita ambil langkah dan cara betul untuk berhadapan dengan situasi sebegini serta mengambil langkah berjaga-jaga agar ia dapat dielakkan,” ujarnya.

Alya diganggu lelaki yang ingin membalas dendam padanya.

Tambahnya, apa yang dipaparkan dalam filem ini juga sebenarnya adalah kes-kes yang kerap berlaku di seluruh dunia.

Bagaimanpun, Nabila melihat kebanyakan kes berkenaan tidak mendapat keadilan sewajarnya.

“Misalnya, pesalah hanya akan dihukum penjara dan sebatan sahaja, sedangkan hukuman lebih berat harus dijatuhkan.

“Sedangkan perlu difikirkan juga situasi terhadap mangsa yang melalui keadaan tersebut untuk membesar sebagai gadis yang normal,” katanya.

Aini yang pernah mengecapi bahagia diberi dugaan ke atas anak perempuannya.

Nabila juga menyatakan dia mahu penonton menerima filem ini dari sudut positif terutama mesej-mesej yang ingin disampaikan.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 6 Februari depan.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*