Individu Didakwa Penyebar Berita Palsu Novel Coronavirus Ditahan

Denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun!

Itu hukuman yang boleh dikenakan pada individu yang menyebar maklumat atau berita palsu mengenai wabak Novel Coronavirus.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di Bangi, Selangor atas kesalahan tersebut.

Dalam satu kenyataan SKMM hari ini memaklumkan suspek berusia 34 tahun ditahan di rumahnya jam 4 petang untuk membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik pada 26 Januari lalu yang didapati palsu.

SKMM bersama PDRM mengambil tindakan tegas sebagai usaha mengawal penyebaran berita tidak sahih mengenai wabak 2019-nCov.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*