Last Updated: 29/05/2020 - 1:26 AM

FFM31 Pilih Melaka, Sasar Filem Malaysia Jelajah Ke Luar Negara

Melaka dipilih sebagai lokasi penganjuran FFM31. 

Acara berprestij tersebut akan mengikut kelaziman penganjuran tahun sebelum iaitu acara pembukaan dan kemuncak.

Istana Budaya, Kuala Lumpur menjadi lokasi acara pembukaan pada 9 April depan. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi RTM jam 9 malam.

Bagi acara kemuncak akan diadakan di Encore Melaka pada 18 April depan bersiaran langsung di Astro.

“Kami beberapa kali ke Melaka berbincang dengan kerajaan negeri Melaka untuk mereka bersama kami melaksanakan FFM31 dengan sebaik mungkin bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),” kata Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac pada sidang media Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) di FINAS, Hulu Klang, hari ini. 

Hans (empat dari kanan) hadir pada sidang media FFM31 di FINAS, Hulu Klang, Selangor, hari ini. (Foto: Kafebuzz)

Menurutnya, hajat penganjur begitu besar untuk membawa acara ini suatu yang berbeza.

“Memang setiap tahun acara ini berbeza, ada positif dan ada negatif tapi kami tumpukan pada positif manakala negatif, kami belajar daripada apa-apa kekurangan.

Kami mahukan suatu yang positif pada FFM31 kerana ia suatu perayaan dalam industri kita. Sekali dalam setahun kami bersama KKMM dan rakyat Malaysia untuk bersama memeriahkan filem-filem tempatan,” katanya.

Ujarnya, banyak kisah kejayaan filem tempatan pada tahun lalu menang anugerah di seluruh dunia. 

“Ramai sahabat dalam industri kreatif berjaya di peringkat antarabangsa. Kami sangat berbangga di FINAS dan KKMM serta Menteri (Gobind Singh Deo) dan Timbalan Menteri (Datuk Eddin Syazlee Shith) sangat positif untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya pada industri.

“Ini juga showcase pada ‘content’. Kita ada banyak ‘content’ yang berjaya termasuk 2 filem kita mewakili negara ke Anugerah Oscar.

Matlamat FFM31

Hans memberitahu pihak media, sasaran FFM31 pada tahun 2020 adalah melihat filem tempatan menjelajah ke luar negara. 

“Itu tumpuan kami dan harap FINAS akan beri tumpuan pada aspek jualan dan pengedaran antarabangsa untuk industri dan ini bukan tugas yang mudah.

“Nak cakap senang, nak komen senang tapi yang kami tahu ia bukan mudah untuk individu mencapai kejayaan di luar negara.

“Bila mereka diberi anugerah seperti itu, kita kena hargai dan beri tumpuan pada mereka untuk berkongsi kejayaan pada industri,” katanya.

Bagi FFM31, matlamat penganjur juga mengikut kluster iaitu bengkel dalam hala tuju kepada tema, Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan.

“Diharap filem tempatan akan menjelajah ke kawasan yang kami tidak terfikir dalam industri. 

“Justeru, kami perlukan sokongan daripada semua pihak dalam industri kita,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino