Last Updated: 29/05/2020 - 1:26 AM

“Saya Sangat Bersyukur, Ini Filem Terakhir” – Donnie Yen

Jenama IP Man cukup sebati pada Donnie Yen.

Akuinya, ramai peminat di serata dunia mengenalinya dengan lakonan dalam filem itu.

“Di mana saja saya pergi, ramai peminat berbeza bangsa dan negara mengenali IP Man. Sebelum ini saya ke Kenya, Afrika di satu kampung di mana suku Maasai tidak mempunyai TV dan hanya menonton DVD.

Apabila saya berjumpa mereka semua berkata – IP Man. Ia memberi inspirasi pada seluruh dunia,” katanya pada Kafebuzz dalam satu temubual bersama media Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

(Dari kiri) Raymond, Donnie, Danny dan Edmond hadir ke Kuala Lumpur mempromosikan filem terbaru, IP Man 4 The Finale. (Foto: MBO Cinemas)

Donnie bersama aktor Danny Chan Kwok-Kwan, produser Raymond Wong dan penulis skrip, Edmond Wong hadir ke sini mempromosikan filem terbaharu mereka berjudul IP Man 4 The Finale.

Bercerita lanjut plot filem terbaharu ini, Donnie menyatakan ia suatu yang mustahil untuk menghasilkan sekuel baru filem ini.

“Kami menjelajah ke seluruh dunia menghasilkan filem lain dan ramai peminat di seluruh dunia bertanya bolehkah kami buat filem IP Man satu lagi?.

“Selepas beberapa tahun, kami mencapai jalan penyelesaian untuk menghasilkan filem terakhir.

“Sebagaimana saya bersama filem ini sejak 4 – 5 tahun lalu, saya berasa sangat bersyukur dan ini adalah filem terakhir,” katanya.

Donnie mengakui IP Man 4 The Finale merupakan filem kungfu terakhir lakonanya. (Foto: MBO Cinemas)

Aktor popular Hong Kong itu turut menjelaskan pihak produksi sememangnya berniat mahu menamatkan kisah filem tersebut.

Sebagai pelakon, Donnie menyatakan dia puas melakonkan watak utama itu.

“Kami berusaha mencipta watak yang boleh kekal dalam hati peminat. Tidak semua aktor boleh menjumpai watak yang istimewa tetapi saya sangat bersyukur dapat watak ini sehingga mempunyai jutaan peminat.

“Apa jua perkara yang bagus akan sampai ke penghujung. Justeru, saya mahu buat pengakhiran yang sempurna,” ujarnya.

Mungkin ia berita sedih buat peminat Kungfu kerana Donnie mengakui ini adalah filem kungfu aksi terakhirnya.

“Ada yang mengatakan saya hanya mahu mempromosikan filem ini untuk mendapat perhatian. Saya dikenali dalam industri ini dengan bercakap benar dan saya tidak hanya mahu mempromosikan filem ini.

“Filem Kungfu ialah filem aksi tetapi filem aksi bukan semestinya filem Kungfu. Saya jelaskan filem aksi membawa genre berbeza seperti drama dan komedi.

“Begitu juga filem genre perang, sains fiksyen, cerita polis adalah filem aksi tetapi filem Kungfu lebih khusus, hanya berlaku dengan berlatarbelakang China. Ia lebih pada budaya dan ciptaan artistik yang unik.

“Saya sudah melakukannya beberapa tahun dan saya mahu menghentikannya. Ia suatu yang sukar untuk menghasilkan filem Kungfu yang memerlukan wang, masa dan kemahiran daripada aktor sama ada tahu berkungfu atau tidak.

“Sebagai contoh, saya dengan Bruce Lee suatu ketika di China dan di Eropah memerlukan 2 aktor yang bagus dalam melakonkan babak aksi kungfu. Saya mahu ‘move on’ dan berlakon dalam filem aksi lain,” katanya.

Lakonan hebat Donnie bersama Danny menjadi pertaruhan film IP Man 4 The Finale. (Foto: MBO Cinemas)

Seperti mana filem terdahulu, Donnie memberitahu karakter pada watak IP Man masih kekal sama.

“Saya tidak melakukan perubahan pada watak tapi perubahan itu pada cerita, bagaimana watak ini berdepan dengan masalah lalu menyelesaikannya.

“Saya fikir penonton jatuh cinta pada watak ini sejak filem pertama,” katanya.

Filem IP Man 4 The Finale berjaya mencatat kutipan tertinggi di Malaysia. (Foto: MBO Cinemas)

Merujuk pada lakonan Danny sebagai Bruce Lee, aktor itu mengakui teruja melakonkan watak popular itu.

“Sebagai peminat Bruce Lee, saya sangat mahu melakonkannya. Bruce sangat popular dikenali seluruh dunia, ada yang mengatakan saya tidak terlalu bagus tetapi saya cuba melakonkannya dengan terbaik,” katanya.

Filem ini yang ditayangkan sejak 20 Disember lalu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM10.5 juta dalam tempoh 3 hari tayangan.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino