Last Updated: 29/05/2020 - 1:26 AM

Sambut Tahun Baru 2020 Di Masjid Bersama Tiada Tajuk

Wayang pacak di masjid?

Memang benar. Ia bukan babak mimpi dalam filem tapi ia adalah suatu kenyataan apabila wayang pacak akan diadakan di kawasan masjid.

Bagi penonton yang tidak pernah tengok wayang pacak atau mahu mengembalikan nostalgia, apa kata singgah ke Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada 30 Disember ini.

Menariknya, filem pertama arahan Mawi iaitu Tiada Tajuk akan ditayangkan pada aktiviti wayang pacak ini yang diadakan bersempena Karnival Geng Masjid Ambang 2020.

Mawi yang baru pulang dari Tanah Suci menjelaskan aktiviti wayang pacak ini adalah pertama kali diadakan masjid.

“Alhamdulillah pihak masjid bersetuju untuk tayang filem ini sebab ‘content’ dalam filem ini memang mengajak penonton mencari apa itu mengenal diri, Islamik dan mesej positif bagi yang menonton,” katanya kepada Kafebuzz.

Orang ramai dijemput hadir ke program ini yang diadakan secara percuma.

Ujarnya, penganjur di lokasi masjid itu sendiri menyatakan persetujuan untuk menayangkan filem tersebut bagi sesi wayang pacak selepas menonton filem tersebut.

“Sebenarnya pihak masjid juga sudah menonton ‘content’ filem ini. Alhamdulillah, mereka kata bagus dan bersetuju untuk tayang di masjid.

“Aktiviti ini dijangka akan berterusan di mana-mana tempat yang menganjurkan Karnival Geng Masjid Ambang 2020. Kami menjemput orang ramai agar datang beramai-ramai dan ia adalah percuma,” katanya.

Tambahnya, dia bersama pelakon filem Tiada Tajuk lain akan juga hadir sama memeriahkan aktiviti ini nanti.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino