Last Updated: 16/01/2020 - 4:20 PM

Kenapa Ada 2 Trofi Emas Gegar Vaganza 2019? Ini Jawapan Bos Astro…

Ikut logik memang tak boleh terima akal.

Dalam pertandingan lumba lari atau gusti lengan sekalipun mesti hanya seorang juara. Namun, malam tadi apabila gambar Hady Mirza dan Naqiu pada skrin atas pentas diumumkan sebagai juara, ramai penonton tercenggang.

Apa yang bermain di fikiran penonton bolehkah juara dikongsi dua individu?

Namun, persoalan itu seakan terjawab selepas kedua juara program Gegar Vaganza (GV) 2019 itu menerima trofi emas.

Apakah pengumuman dua peserta sebagai juara itu sudah dirancang pihak produksi?

Naib Presiden yang juga Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh memberi penjelasan tersebut di akaun media sosialnya.

Apapun keputusannya, Astro sebagai produser boleh buat apa saja untuk menjadikan program kegemaran ramai itu lebih dramatik dan beri kejutan.

GV yang masuk musim keenam ini disifatkan antara program hiburan masa kini yang berjaya menambat hati ramai penonton.

Formula program ini yang menggunakan artis sebagai peserta mampu tarik perhatian ramai peminat dan penonton.

Justeru, tidak mustahil program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan pastinya kejutan berbeza akan dirancang pihak produksi agar ia terus jadi bualan ramai penonton.

Syabas produksi Astro dan paling penting, Nabil Ahmad bersama Jihan Muse selaku pengacara serasi yang menghidupkan suasana program ini jadi gamat.

Selain aksi peserta di pentas, gelagat usik mengusik dua pengacara ini dengan juri tetap, Datuk Ramli MS juga hiburan pada penonton.

Tahniah pada Naqiu yang mempunyai vokal padu sampaikan sifu Datuk M Nasir mengaku jadi peminatnya dan juga Hady Mirza berpeluang kembali gilap namanya semula di pentas nyanyian.

Jika ditanya sekali lagi siapa antara mereka patut jadi juara, hanya peminat ada jawapannya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino