Last Updated: 16/01/2020 - 4:20 PM

RedRecords Bawa Revolusi Budaya Pop Asia

Syarikat penerbangan dan syarikat rakaman muzik bergabung.

Ia bukan perkara mustahil. Malah, dalam kita menghitung hari menuju abad baru 2020, syarikat rakaman terbaru iaitu RedRecords ditubuhkan.

Impian ini terlaksana menerusi kerjasama antara Kumpulan AirAsia dikenali sebagai syarikat perjalanan dan gaya hidup terkemuka Asia Pasifik bersama Universal Music Group (UMG).

RedRecords merupakan sebuah usaha sama yang inovatif untuk menandatangani, membangunkan artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada audiens baharu di peringkat global.

Syarikat rakaman baru ini akan memberi tumpuan kepada pencarian dan pembangunan bakat dari Asia Tenggara dan seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Asia.

RedRecords berpangkalan di Kuala Lumpur dan Los Angeles menggabungkan kepakaran industri UMG dalam pembangunan artis dengan kekuatan pemasaran serantau dan global AirAsia untuk mengembangkan muzik A-Pop untuk audiens di seluruh dunia.

Selain pembangunan artis dan A&R, syarikat rakaman tersebut juga akan menyediakan perkhidmatan pengedaran, pemasaran, pengurusan dan agensi.

“Pengumuman ini amat penting untuk saya. Ini tidak mungkin terjadi kalau tidak kerana rakan seperjuangan saya, Kamarudin dan Nadda yang saya temui melalui industri muzik.

“Kami merevolusikan perjalanan udara supaya semua orang boleh terbang dan sempena meraikan operasi AirAsia yang ke-18, kami akan memfokuskan kepada transformasi sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global.

“Bagai sirih pulang ke gagang, kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusikan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkannya di pentas global bersama Universal Music sempena pelancaran RedRecords,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Kumpulan AirAsia berkerjasama dengan Universal Music Group menubuhkan RedRecords.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UMG, Sir Lucian Grainge pula menyatakan perasaan teruja untuk mengumumkan pelancaran RedRecords bersama Tony dan pasukannya di AirAsia.

“Kejayaan di seluruh dunia muzik Latin dan K-Pop membuktikan tiada halangan kepada muzik tanpa mengira bahasa dalam era penstriman ini.

“Melalui gabungan pemasaran strategik dan sumber sedia ada oleh AirAsia dan UMG, kami boleh menawarkan artis-artis Asia peluang keemasan yang untuk menempa nama secara global,” ujarnya.

Bagi Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Pasaran, Universal Music Adam Granite, mereka berkongsi komitmen untuk pembangunan jangka panjang dan transformasi ekosistem muzik di rantau ini.

“Sebuah rantau dengan banyak bakat baharu yang mempunyai potensi untuk mencapai hampir 700 juta penduduk di seluruh Asia Tenggara sahaja dan di mana muzik didorong oleh audiens muda, sosial dan mudah alih.

“Kami yakin pasukan di RedRecords akan sama-sama membantu memperkenalkan A-pop kepada audiens global baharu dan sedia untuk menerima bakat baharu dari seluruh Asia,” katanya.

Ketua Bahagian Muzik Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords, Hassan Choudhury menyifatkan kerjasama ini menjadi peluang terbaik untuk memanfaatkan potensi AirAsia dan UMG dalam perjalanan muzik.

“Setelah mempunyai pengalaman bekerja bersama kedua syarikat terkemuka ini menyaksikan kekuatan mereka dalam industri masing-masing, saya berhasrat menggabungkan kreativiti kedua pasukan ini untuk bantu membangunkan dan mengembangkan bakat muzik yang terdapat di Asia,” katanya.

Jannine Weigel menjadi artis pertama di bawah jenama RedRecords.

Artis Pertama RedRecords Diumumkan

RedRecords turut mengumumkan Jannine Weigel dari Thailand sebagai artis naungan pertama mereka.

Weigel yang juga penulis lirik dan pelakon mempunyai beberapa single dan EP meraih lebih 600 juta tontonan dan 3.3 juta pengikut di YouTube selain 3.2 juta pengikut di Facebook, 1.5 juta di Instagram dan lebih daripada 500,000 di TikTok.

“Saya amat berbangga menjadi artis pertama di bawah RedRecords dan mempunyai sokongan daripada pasukan yang sangat hebat untuk membawa kerjaya saya ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya percaya peminat akan menyukai pengalaman luar biasa yang kami bakal tawarkan dan saya tidak sabar untuk anda semua mendengar muzik baharu saya,” katanya.

Pada awal tahun ini, UMG mengumumkan perkembangan operasi di rantau ini dengan pelancaran ibu pejabat serantau baharu di Singapura.

UMG komited untuk mempercepatkan tumpuannya dalam mengembangkan keseluruhan ekosistem muzik di seluruh Asia Tenggara termasuk muzik yang direkodkan, penerbitan muzik, pengeluaran, acara langsung, perkongsian jenama dan barangan.

Perkembangan A&R, komersial dan pemasaran UMG ini akan memberikan akses unik kepada artis di bawah naungannya dari segi infrastruktur dan rangkaian global UMG di seluruh dunia.

Di samping itu, UMG SEA mengumumkan rancangan untuk melanjutkan fokus dan komitmennya dalam bahasa tempatan untuk menyediakan peminat muzik pengalaman terbaik di seluruh rantau ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino