Last Updated: 29/05/2020 - 1:26 AM

Siapa Paling Layak Jadi CEO FINAS?

Sejak semalam keadaan agak reda sedikit.

Nama Ahmad Idham kurang jadi bualan ramai dibandingkan nama Zul Ariffin yang membuatkan segelintir golongan hawa resah tak boleh tidur malam.

Pedulikan isu kontroversi seperti itu sebaliknya industri hiburan Malaysia khususnya Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (KKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) perlu lebih fokus mengatur strategi seterusnya.

Ketiadaan Ahmad Idham sebenarnya memberi impak pada industri hiburan tanah air tetapi perkara lepas usah dikenang. Fokus paling penting sekarang ialah siapakah pengganti beliau?

Ahmad Idham bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai CEO FINAS pada 10 Mac 2020. (Foto: FINAS Malaysia)

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan untuk membincangkan pengganti Ahmad Idham, dipetik daripada laporan NST.

Sama ada pengganti itu bakal mengalas tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau jawatan terdahulu, Ketua Pengarah (KP) diwujudkan kembali, itu perkara kedua.

Perkara pokok yang jadi persoalan ialah siapakah yang layak duduk di kerusi panas itu?

Sebelum ini kerajaan menggunakan khidmat penjawat awam sendiri sebagai KP sebelum memberi peluang pada orang luar seperti Datuk Kamil Othman dan Ahmad Idham.

Kini, sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang pada orang akademik untuk mengetuai badan perfileman negara itu. Mengapa? FINAS perlukan individu berpengalaman luas dalam bidang perfileman dan hiburan serta paling penting faham bidang pengurusan iaitu bagaimana mentadbir sebuah organisasi.

Pengarah filem prolifik, Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen merupakan calon paling layak berdasarkan pengalaman seni dan mempunyai tahap intelektual di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan.

Dr A Razak Mohaideen mempunyai pengalaman luas sebagai pengarah filem dan akademik.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berpengalaman sebagai pensyarah selama 28 tahun.

Dari aspek pencapaian anugerah yang diraih, beliau pernah menerima pelbagai anugerah tertinggi antaranya Anugerah Buku Negara Bagi Buku Umum Terbaik (Kategori Seni Visual) 2015 bagi Buku Berjudul ‘Pengarahan Filem’, Anugerah Akademik Negara 2011 kategori Seni dan Kreativiti serta Anugerah Malaysia Book of Record bagi ‘The Most Number of Film Directed by An Academician 2012’.

Di peringkat Festival Filem Malaysia (FFM), beliau meraih Anugerah Khas FFM21 filem Box Office menerusi Duyung (2008), Anugerah Khas Juri FFM20 kerana memaparkan budaya setempat menerusi filem (2007), Anugerah Khas FFM18 filem Box Office untuk Bujang Senang (2005), Anugerah Khas FFM17 filem Box Office bagi Cinta Kolestrol (2004) dan Anugerah khas FFM16 untuk filem Box Office menerusi Mami Jarum (2003).

Dr A Razak Mohaideen mempunyai pengalaman akademik sebagai pensyarah sejak tahun 1991.

Kredibiliti beliau sebagai pemimpin dan anak seni bukan hanya bersandarkan pada anugerah dan jumlah 40 filem yang pernah diarahkan semata-mata tetapi beliau terus aktif dalam bidang akademik dengan melakukan pelbagai kajian berkaitan perfileman yang diterjemahkan menerusi kertas kerja, buku, tesis dan penyelidikan.

Tesis beliau berjudul ‘Pembangunan Modal Insan dan Motivasi Kerja Dalam Industri Perfileman Di Malaysia: Satu Kajian Ke Atas Industri Filem Cereka’ diterbitkan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2016.

Kini, tiba masanya KKMM dan FINAS memikirkan hala tuju yang lebih dinamik dengan menggunakan khidmat orang akademik.

Memacu agensi penting seperti FINAS memerlukan individu berpengalaman dan berkelayakan yang faham isu industri dan paling penting tahu bidang pengurusan dan mentadbir urus.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino