Last Updated: 29/05/2020 - 1:26 AM

Jom Ekspresi Di KL International Urban Youth Festival

Apa aktiviti anda hujung minggu ini?

Jika ada kelapangan apa kata datang beramai-ramai berhibur menerusi program KL International Urban Youth Festival di Dataran Medan Pasar pada 14 Disember ini.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan ini bermatlamat merakyatkan seni kepada masyarakat dengan menyediakan pelbagai aktiviti dari sesi persembahan seperti muzik, seni graffiti, x-games hingga E-sport.

Band Bittersweet bakal mengadakan persembahan pada KL International Urban Youth Festival.

Acara kemuncaknya pula bakal menampilkan kepelbagaian nuansa muzik dalam dan luar negara seiring dengan jiwa remaja kota seperti Hip-Hop, Indie, Rock dan Reggae.

Antara artis yang terbabit adalah Ras Muhamad, Bittersweet, Ryotjones, Banyak Bunyi Republik dan Diplomat of Drum. Tidak ketinggalan sesi open mic dan B-boy.

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun, penganjuran festival ini adalah tertakluk kepada salah satu manifesto dibawah program Inisiatif Wilayah Peduli iaitu membuka ruang pada golongan remaja kota berekspresi dengan kepelbagaian sub-budaya yang mereka minati secara sihat dan terkawal.

“Pada masa yang sama, ia turut membuka ruang niaga sepanjang acara ini berlangsung. Pastinya, ia dapat meningkatkan pendapatan golongan ini.

“Pada peringkat awal ini, KL International Urban Youth Festival berlangsung dalam skala sederhana dengan penglibatan aktivis seni negara berhampiran sahaja seperti dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Insya Allah pada masa akan datang, kami akan kembangkan acara ini dengan penyertaan lebih luas lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, antara objektif program ini adalah menjadikan ia sebagai antara produk pelancongan bagi Kuala Lumpur.

Kehadiran Ras Muhamad pastinya mengujakan peminatnya.

Bagi Ras Muhamad yang diangkat sebagai Duta Reggae Indonesia, dia begitu teruja untuk mengadakan persembahan pada malam tersebut.

“Salam silaturahim buat Malaysia, moga keterlibatan saya dalam acara ini dapat merapatkan lagi tali persaudaraan serta meraikan rasa hormat dan cinta sesama tetangga,” katanya.

Band Bittersweet yang popular dalam kalangan peminat Rock Indie menerusi lagu seperti Kucing Hitam dan Capital E juga mengajak peminat mereka hadir berhibur dalam acara kali ini.

“Bagi warga kota yang merindui Bittersweet, sila datang ke Dataran Medan Pasar Sabtu ini. Ianya platform terbaik untuk anda merehatkan minda setelah seminggu penat bekerja,” kata Fizan yang merupakan vokalis Bittersweet.

Orang ramai digalakkan hadir memeriahkan acara ini diadakan secara percuma pada hujung minggu ini.

Lokasi yang dianggap sebagai pusat sehenti ini menyaksikan kepelbagaian acara yang diadakan bukan saja menarik golongan remaja tetapi seisi keluarga.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino