“Saya Bagi Lima Bintang!” – Tun M Puji Ejen Ali The Movie

Filem Ejen Ali The Movie terus tarik perhatian ramai.

Bagi sesebuah filem yang sedang ditayangkan di pawagam, sudah tentu reaksi penonton memberi impak yang sangat tinggi untuk menilai sama ada filem itu diminati ramai atau sebaliknya.

Lebih bermakna, pujian penonton ini datang daripada tokoh negarawan yang cukup disegani ramai iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Tun M bersama Tun Siti Hasmah berkesempatan menonton filem Ejen Ali The Movie di Pavilion, Kuala Lumpur malam tadi. (Foto: @chedetofficial – Instagram)

Dalam satu status terkini beliau di @chedetofficial memuat naik komen Tun M terhadap filem Ejen Ali The Movie yang masih jadi bualan ramai penonton untuk ke pawagam.

Tun M bagi pujian aspek kualiti filem Ejen Ali The Movie setanding teknologi luar negara. (Foto: @chedetofficial – Instagram)

Tun M berkesempatan menonton filem tersebut bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali di Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion, Kuala Lumpur malam tadi.

“Saya dapati filem hasil kreatif Wau Animations ini setanding dengan filem keluar antarbangsa yang menggunakan teknologi tinggi.

“Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan mutu dan kualiti filem ini. Saya bagi lima bintang!,” katanya.

Filem Ejen Ali The Movie yang ditayangkan sejak 28 November lalu terus meraih sambutan menggalakkan daripada penonton apatah lagi tayangannya berlangsung ketika musim cuti sekolah.

Apa yang membanggakan, filem animasi ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM13 juta untuk tayangan minggu pertama di Malaysia, Brunei dan Singapura.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*