Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

Jenaka Sinis Douglas Lim Isu Negaraku

Sejauh mana kita berbangga sebagai rakyat Malaysia?

Tanya diri sendiri, apakah kita hanya berbangga jadi rakyat negara ini bila menikmati masakan Malaysia di luar negara?

Mengaku warganegara bila cakap bahasa Malaysia ketika terserempak dengan rakyat sendiri di lapangan terbang atau pusat membeli belah di luar negara?

Namun, apakah sukar untuk rakyat Malaysia menunjukkan rasa hormat dan sayang pada negara menerusi lagu Negaraku?

Sebelum ini, isu jati diri rakyat negara ini terhadap Negaraku pernah jadi bualan selepas ada yang enggan berdiri ketika lagu Kebangsaan ini dimainkan di dalam pawagam mahupun majlis rasmi.

Pelakon dan pelawak pentas terkenal, Douglas Lim mempunyai cara tersendiri menegur isu lagu Negaraku dalam jenakanya.

Menerusi mesej yang disampaikannya di media sosial, dia menyeru rakyat negara ini agar belajar bahasa Malaysia.

Secara berseloroh, dia melakonkan situasi di mana seorang Cina meminta wang daripada budak Melayu dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Kebangsaan.

Apa yang menghiburkan netizen, tindakannya ‘pow’ duit RM10 itu memakan diri selepas dia pula kena ‘pow’ dengan jumlah 10 kali ganda.

Bukan isu duit tapi bagaimana komunikasi antara dua bangsa rakyat Malaysia itu menunjukkan mereka saling memahami satu sama lain.

Moga rakyat Malaysia menginsafi diri dan terus menyayangi tanah air sendiri.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino