Ahli FDAM Terima Diploma Profesional Pengarahan Dari Hollywood!

Pengiktirafan dari Hollywood?

Ia bukan mimpi atau angan-angan Mat Jenin apabila seramai 17 ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berjaya menamatkan kursus jangka pendek untuk menerima Diploma Profesional Pengarahan Filem Aktor Masterclass.

Satu majlis konvokesyen meraikan peserta kursus ini diadakan di UOW Malaysia KDU University College, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ahli FDAM bergambar kenangan dengan Peter D Marshall selepas menerima
Diploma Profesional Pengarahan Filem Aktor Masterclass, baru-baru ini.

Menariknya, ahli FDAM ini berpeluang menimba ilmu daripada Peter D Marshall merupakan pengarah filem Hollywood yang pernah bekerja dengan pengarah hebat lain seperti John Woo, Zack Snyder, Phillip Noyce, Ed Zwick, John Badham, Mark Rydell, Roger Vadim, Dennis Dugan, Anne Wheeler, Bobby Roth dan Kim Manners.

Malah, pengarah filem otai dari Vancouver, Kanada ini juga pernah bekerjasama dengan aktor hebat antaranya Kevin Spacey, Morgan Freeman, John Travolta, Michelle Pfiefer, Mel Gibson, Ashton Kutcher, Halle Berry dan Adam Sandler.

Dr Ahmad Ibrahim menerima diploma daripada Peter D Marshall.

Peluang keemasan yang diraih 17 ahli FDAM ini merupakan ilmu yang sangat berharga untuk dipraktikkan bagi tujuan membangunkan kualiti filem tempatan.

Turut serta sebagai peserta kursus profesional ini ialah AJK FDAM diketuai Dr Ahmad Ibrahim selaku Presiden bersama Ketua Sekretariat, Mohamad Zaini Hassan.


Ketua Sekretariat FDAM, Mohamad Zaini Hassan turut menerima diploma yang disampaikan Peter D Marshall.

Penyertaan ahli FDAM kali ini disokong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) manakala Diploma ini diiktiraf menerusi Asia Metropolitan University.

  • Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*