Nak Cuba Roti Canai Harga RM20.70?
2 min read
Percaya atau tidak, rakyat Malaysia sentiasa rindukan tanah air.
Buktinya, apabila berada di luar negara tidak kira bercuti atau bekerja pasti kita rindukan masakan Malaysia.
Nasi lemak, roti canai, teh tarik dan rendang ayam antara juadah tempatan yang dicari ketika di luar negara.

Di mana saja di luar negara sebenarnya kita mempunyai banyak restoran yang menjual masakan Melayu termasuk dari Malaysia.
Begitu juga di Berlin, Jerman, wujud sebuah restoran dikenali dengan nama Seri Melayu menjual pelbagai masakan Melayu khususnya paling digemari ramai ialah nasi lemak.

Menerusi perkongsian gambar nasi lemak oleh seorang pengguna Twitter menunjukkan juadah tersebut masih kekal dengan tradisi ramuan asalnya seperti nasi, sambal ikan bilis, telur dan timun.

Bukan saja nasi lemak, restoran ini juga menjual aneka masakan Malaysia yang lain seperti ayam goreng berempah, kuetiau goreng, sate dan menu isimewa iaitu itik masak kari, kicap manis dan merah.
Jangan terkejut melihat harga ayam goreng berempah $8.40 Euro (RM38.70), roti canai $4.50 Euro (RM20.70) manakala milo ais $2.90 Euro (RM13.35).


Jika ke Berlin, apa kata rakyat Malaysia singgah ke restoran ini untuk mencuba nasi lemak di sana dan paling penting mengubat kerinduan tanah air.
Pastinya, sesiapa saja terliur untuk menjamahnya!
- Kafebuzz.my