Last Updated: 09/12/2019 - 2:06 PM

Tingkat Kualiti Filem Malaysia Di Australia

Filem Melayu bakal ditayangkan di Australia?

Ia bukan suatu yang mustahil selepas satu perjanjian usahasama termetrai hari ini antara kedua negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo berkata, industri perfileman Malaysia diperkasakan lagi melalui perjanjian usaha sama (‘co-production’) dengan Australia pada hari ini.

“Perjanjian dimeterai oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar Negeri Australia, Senator Marise Payne.

“Kerjasama ini juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, dan meningkatkan kuantiti & kualiti filem tempatan menerusi perkongsian kepakaran. Saya berharap kerjasama ini akan menjana hasil yang lebih produktif dan bermakna untuk industri perfileman tempatan,” katanya dipetik menerusi status Instagram, finasmalaysia, hari ini.

Sebelum ini, pengarah tempatan Rizal Halim sudahpun mencipta nama di negara yang popular dengan kanggaru itu selepas muncul dengan filem berjudul Lurking Woods yang menggunakan produksi dan pelakon di sana.

Filem genre thriller itu ditayangkan dua tahun lalu. (Baca lagi: Lurking Woods Karya Anak Malaysia Kini Di Pawagam!)

Menerusi kerjasama baru ini, ia membuka ruang pada penggiat seni dan produksi tempatan berkongsi serta menimba pengalaman baru di sana.

Seperti mana diperkatakan Gobind, kerjasama ini diharap membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkat kuantiti dan kualiti filem tempatan.

Ini bermakna, filem tempatan berpotensi meraih standard penerbitan antarabangsa dan seterusnya ditayangkan di luar negara. Pastinya, penonton kita tidak sabar menantikan hasilnya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino