Last Updated: 09/12/2019 - 2:06 PM

Kuncu Berlawak ‘Mufti’, Ketua Gangster Melayu Tak Faham ‘Cuci Tangan’

Apa komen anda bila penonton melabel drama Melayu ‘sampah’?

Ia dianggap satu tohmahan kejam pada penggiat seni. Malah, penonton sebegini juga dikatakan buta seni.

Memang tidak dinafikan ada drama Melayu dikategori bagus sebab raih ‘rating’ tinggi penonton walaupan plot penceritaannya seolah di kitar semula.

Mengambil contoh sebuah drama yang disiarkan di TV semalam, membawa kisah seorang ketua gangster yang mahu bertaubat selepas jatuh cinta pada seorang wanita.

Dari aspek dialog yang dilafazkan pelakon-pelakonnya menunjukkan ia adalah cerita komedi.

Dalam satu babak antara ketua gangster tersebut bersama seorang kuncunya dengan seorang wanita di dalam kafe, kuncu itu berlawak konon tersasul sebut ‘mufti’ yang sebenarnya ialah ‘muhrim’ – perkataan itu diperbetulkan ‘awek’ tadi. Memang tak lawak pun.

Watak ‘cameo’ seorang pelakon otai sepatutnya memberi kelebihan pada drama ini tapi sayangnya tidak.

Begitu juga babak lain lebih banyak merujuk dialog antara ketua gangster dengan kuncu itu hanya sembang kosong seperti nak cukup syarat dalam babak.

Ingatkan kuncu tadi kurang cerdik tapi rupanya ketua gangster itu juga 2 kali 5 tahap pemikiran ketika berdialog dengan salah seorang seterunya. Dia tak faham maksud ‘cuci tangan’.

Mungkin contoh 2 babak ini sengaja dibuat untuk mencipta elemen komedi. Namun, babak sebegini sebenarnya membuatkan penonton naik meluat nak tonton sampai habis.

Persoalan bermain di fikiran penonton, sampai bila drama Melayu hanya berbangga dengan standard lawak sebegini?

Apakah kesalahan ini patut dituding jari pada penulis skrip atau ia kehendak stesen TV mahukan babak sedemikian.

Sama ada pengarah atau pelakon, mereka hanya mencari rezeki. Bagi segelintir penggiat seni, mereka tidak kisah cerita macam ‘sampah’ asalkan dapat ‘job’.

Pelakon utama tiada masalah menjiwai watak tapi faktor skrip menjadikan drama ini membosankan.

Apakah tindakan kita seterusnya?

Mereka yang mempunyai kuasa di stesen TV sepatutnya melihat aspek teknikal seperti babak ini dengan lebih mendalam. Jangan sekadar tangkap muat atau akur kerana kroni bos.

Penonton zaman sekarang makin bijak berfikir apatah lagi mempunyai bermacam platform hiburan di telefon pintar.

Sesuatu perlu dilakukan oleh stesen TV atau persatuan hiburan seperti Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang lebih peka dengan karya tempatan.

Ingat kita mencari kualiti bukan kuantiti drama ‘sampah’.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino