Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

“Masih Belum Hilang Kehangatan Parti Liar Kita Semalam. Kita Sambung Berparti Malam Ni!” – M Nasir

Ada ke yang tidak kenal Datuk M Nasir?

Barangkali peminat bukan Melayu atau mungkin generasi baru yang lebih terarah pada muzik BBNU.

Biar apapun revolusi muzik yang berlaku pada hari ini, hakikatnya lagu-lagu karya beliau tetap malar segar.

Tiket konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan masih lagi dijual.

Tempoh empat dekad bulan calang-calang penyanyi boleh bertahan dalam industri muzik jika tanpa karya yang bagus.

Sebut saja, Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Itu Hud Hud, Suatu Masa, Keroncong Untuk Ana, Apokalips, Mustika termasuk lagu wajib di hari Lebaran, Satu Hari Di Hari Raya, ia tetap diminati ramai peminat.

Bagi peminat tegar mahupun kurang tegar, inilah masanya untuk anda mengembalikan nostalgia zaman bercinta mahupun putus cinta bersama Sifu M Nasir.

Kali ini, beliau tampil dengan konsert solo berjudul M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan, berlangsung selama 2 hari sejak semalam di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur.

Malam ini adalah hari kedua. Jadi, jangan lepaskan peluang.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino