Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

FINAS Jana Potensi Pelaburan Asing Ke Dalam Negara RM90.3 Juta, Promosi Insentif Penggambaran Filem Di Malaysia (FIMI)

Acapkali kita mendengar FINAS ke MIPCOM di Cannes, Perancis.

Namun, tidak banyak pula berita atau laporan ‘post-mortem’ acara tersebut yang diraih delegasi negara ke sana dikongsi kepada khalayak.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah apakah karya terbaik Malaysia yang dibawa ke sana, siapa produser atau selebriti tempatan yang dijemput mahupun apakah pulangan yang kita terima?

Acara MIPCOM iaitu Marché International des Programmes de Communication merupakan antara aktiviti penting yang disertai Malaysia pada setiap tahun.

Kali ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyaksikan pemeteraian perjanjian transaksi jualan berjumlah RM20.72 juta berserta RM138.68 juta nilai potensi urus niaga.

Delegasi negara diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith disertai 20 syarikat produksi tempatan bernaung di ruang urus niaga Pavilion Malaysia selama empat hari bermula pada 14 Oktober lalu.

Turut serta ialah Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Ahmad bersama wakil FINAS iatu Pengerusinya, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Selaras dengan misi kerajaan bagi meletakkan Malaysia sebagai pusat kandungan kreatif dan lokasi penggambaran dunia, FINAS turut berjaya menjana potensi pelaburan asing ke dalam negara berjumlah RM90.3 juta melalui promosi Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI) yang menarik minat lapan produksi luar negara.

“Ini juga dijangka menjana kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perkongsian kepakaran bagi tenaga produksi tempatan sebagai syarat wajib pemberian insentif kepada produksi asing di bawah FIMI,” katanya dalam satu kenyataan FINAS, baru-baru ini.

MIPCOM merupakan platform pasaran untuk penerbit, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli filem serta program televisyen dari serata dunia untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global.

Selain menjana eksport dan pelaburan, misi ke MIPCOM 2019 tersebut turut berjaya meningkatkan jaringan kerjasama dan perhubungan strategik kerajaan bersama badan perfileman, pelabur, penyiar serta produksi antarabangsa antaranya dari Singapura, Perancis, United Kingdom, Korea, India dan Amerika Syarikat.

Antara syarikat tempatan yang terbabit dalam acara kali ini adalah:

  1. ANIMASIA STUDIO
  2. ANIMONSTA STUDIOS
  3. ANTENNA ENTERTAINMENTS
  4. DOUBLE VISION
  5. EVO PICTURES
  6. GIGGLE GARAGE
  7. GLUE STUDIOS
  8. INSPIDEA
  9. JUITA VIDEN
  10. KRISTAL AZMIR
  11. LEMON SKY
  12. LIL CRITTER WORKSHOP
  13. METAL BRAIN STUDIO
  14. MIRAYI
  15. NOVA RIMBUN
  16. PRIMEWORKS DISTRIBUTION
  17. PRODUKSI SENI 2020
  18. SIUNG FILM
  19. SPACESHEEP STUDIO
  20. VISION ANIMATION
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino