Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

‘B2B’ Kurang Sambutan, Mana Perginya Penggiat Seni?

Acara ConnectAsia 2019 sekali lagi diadakan pada tahun ini.

Menghimpunkan ramai produser termasuk ‘orang kuat’ stesen TV antarabangsa, acara ini sepatutnya diraikan penggiat seni tempatan.


Program ConnectAsia 2019 sekali lagi diadakan di PWTC, Kuala Lumpur selama dua hari bermula hari ini. (Foto: Kafebuzz)

Bayangkan peserta antarabangsa kali ini datang dari Australia, Brunei, China, India, Indonesia, Lubnan, Mexico, Pakistan, Taiwan, UAE dan Uzbekistan.

Peserta-peserta ini berkongsi pengalaman mereka menerusi acara simposium yang diadakan selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bermula hari ini dan esok.

Produser termasuk wakil stesen TV dari 11 negara seluruh dunia mengambil bahagian dalam acara ConnectAsia 2019 kali ini. (Foto: Kafebuzz)

Bukan itu saja, peserta yang hadir juga berpeluang menyertai sesi perjumpaan empat mata selama 15 minit menerusi ‘Business To Business’ (B2B) pada hari kedua.

Sudah tentu ini memberi ruang khususnya buat produser tempatan termasuk pengarah dan penulis skrip merebut peluang keemasan tersebut.

Pengunjung ConnectAsia 2019 berpeluang mendaftar untuk sesi B2B secara percuma. (Foto: Kafebuzz)

Malangnya, tinjauan Kafebuzz mendapati banyak slot perjumpaan B2B yang masih kosong.

Persoalannya, apakah penggiat seni kita kurang berminat dengan program seperti ini atau tidak tahu pasal penganjurannya?


Sambutan penggiat seni terhadap program ConnectAsia 2019 kali ini agak kurang memberangsangkan. (Foto: Kafebuzz)

Adanya program ini yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM), penggiat seni tempatan tidak perlu bazir membeli tiket kapal terbang ke Australia, Mexico mahupun UAE untuk menjual idea penerbitan program baru sebagainya.

Pagi tadi, acara ini yang disokong Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berkesempatan membincangkan isu industri kreatif digital dan memahami apa kehendak penonton.

Pengunjung program ConnectAsia 2019 berpeluang menimba ilmu dan pengalaman daripada peserta dari luar negara. (Foto: Kafebuzz)

Antara panel yang terlibat ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, CEO Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Negara Malaysia iflix, Dinesh Ratnam.

Sesi petang pula dari jam 2.30 hingga 5.30 petang bersama ramai lagi wakil produksi antarabangsa antaranya Naib Presiden Bahagian Jualan dan Perolehan, Yoohoo Media Solutions (Australia), Shalline Chok dan Pengurus Besar MD Pictures (Indonesia), Harry Mirpuri.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino