Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

Kebangkitan Solidariti FDAM

Apakah sejarah baru bakal dicipta?

Nyata kemelut membabitkan isu dalaman antara ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) terhadap kepimpinan persatuan itu sampai kemuncak.

Hari ini menjadi tarikh penting pada semua ahli FDAM dalam menentukan ke mana hala tuju persatuan dan ahli selepas ini.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-21 akan diadakan di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, Selangor, jam 10 pagi.

Tiga hari sebelum hari penting ini berlangsung, satu pertemuan membabitkan ahli-ahli FDAM yang menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti FDAM berkumpul untuk menyatakan sokongan pada ‘gelombang baru’ untuk berjuang pada hari ini.

Pelakon terkenal, AR Badul (kanan) turut hadir menyatakan sokongan terhadap Solidariti FDAM.

Siapakah mereka?

Mereka terdiri dalam kalangan ahli yang aktif sebagai pengarah filem, drama mahupun dokumentari dan video pendek.

Ada antara mereka merupakan pengarah ‘otai’ yang banyak terima anugerah termasuk bekas presiden persatuan itu sendiri.

Malah, filem mereka juga mencatat kutipan box office dan berpengalaman luas sebagai pelakon, kru produksi dan produser.

Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah yang datang berkerusi roda berkongsi pandangan dan sokongan padu untuk Solidariti FDAM.

Pada pertemuan itu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur menyaksikan masing-masing berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap FDAM yang disifatkan gagal dalam memperjuangkan nasib ahli seperti mereka.

Sudah banyak persatuan hiburan yang hanya gah pada nama tapi cuma mampu melaksanakan aktiviti seperti majlis berbuka puasa dan Aidilfitri bersama memberi sumbangan pada artis veteran dan anak yatim.

Bagaimanapun, isu ahli yang sepatutnya diperjuangkan sehingga ke akar umbi hanya tergantung tanpa sebarang jalan penyelesaian.

Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir juga mahu melihat perubahan dalam FDAM agar lebih banyak membantu dan memperjuangkan nasib ahli.

Justeru, Solidariti FDAM bangkit untuk memperbetulkan keadaan dalaman FDAM agar tidak lagi hilang percaya ahli sendiri.

Impian kumpulan ini adalah mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tetapi pengurusan persatuan itu hanya melaksanakan AGM.

Bagi bukan ahli Solidariti FDAM, mereka tidak tahu apakah agenda sebenar perjuangan kumpulan gerakan ini.


Ahli FDAM yang menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti FDAM bangkit mencari jalan penyelesaian.

Berikut merupakan usul yang dibangkitkan menerusi Solidariti FDAM sebelum ini:

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino