Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

Jom Pergi Mid Valley Naik LRT!

Siapa pergi Mid Valley memang ‘masak’!

Itu antara keluhan pengguna berkereta apabila ke pusat membeli belah terkenal di ibukota itu. Isunya adalah susah dapat parkir.

Namun, masalah itu kini sudah diatasi dengan cara alternatif menggunakan perkhidmatan awam.

Jika sebelum ini hanya perkhidmatan KTM Komuter boleh ke sana kini orang ramai boleh pergi Mid Valley atau The Gardens Mall dengan LRT.

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya untuk perjalanan yang cepat dan selesa.

Mulai semalam (14 November 2019), jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Stesen LRT Abdullah Hukum dengan stesen KTM Komuter Abdullah Hukum dan The Gardens Mall sudah dibuka.

Pengguna kini lebih selesa dan mudah ke Mid Valley dan The Gardens Mall dengan menggunakan jejantas berbumbung. (Foto: Rapid KL – Facebook)

Pengguna yang berada di Lembah Klang hanya perlu menggunakan rangkaian rel urban Rapid KL – LRT, Monorel, BRT di Bandar Sunway dan MRT serta tempat-tempat yang mempunyai perkhidmatan bas perantara Rapid KL untuk ke Mid Valley dan The Gardens Mall.

Pengguna yang mempunyai pakej My100 sudah tentu memberi penjimatan sangat besar.

Mereka yang berada di luar Selangor seperti di Seremban, Senawang, Sungai Gadut dan Rawang boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan menuju ke stesen Abdullah Hukum.

Bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam, jejantas berbumbung sepanjang 70 meter ini dibuka dari 6 pagi hingga 1 pagi pada setiap hari.

Justeru, tiada sebab untuk orang ramai tidak menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Jadilah pengguna yang bijak.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino