Last Updated: 09/12/2019 - 12:08 PM

“Segala Macam Minyak Termasuk Mandi Bunga Saya Buat Cuma Belum Minyak Petrol Saja” – Pengakuan Pelawak Popular

Kehidupan pelawak sama saja seperti manusia biasa.

Mereka juga mahu menyayangi dan disayangi. Namun, soal jodoh bukan perkara mudah untuk ditentukan apatah lagi mencari pasangan hidup yang sesuai.

Perkara tersebut diakui pelawak dan pelakon komedi terkenal, Ebby Yus yang masih hidup solo pada usia 55 tahun.

Ujarnya, dia juga bersikap memilih dalam mencari jodoh kerana apa yang penting padanya ialah wanita itu mesti menerima dirinya dan keluarganya.

Secara realiti mahupun drama di TV, banyak kes rumah tangga berlaku disebabkan tiada persefahaman antara suami isteri termasuk hubungan rengang dengan keluarga mentua.

Mungkin ada peminat beranggapan Ebby yang cukup popular dan dikenali ramai sejak era 80-an menerusi pelbagai sitkom dan drama TV tidak sukar mencari jodoh.

Bagaimanapun, Ebby ketika berbicara dalam program bual bicara secara langsung, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pagi tadi mengakui dia masih mencari jodoh yang sesuai.

“Segala macam minyak termasuk mandi bunga saya buat cuma belum minyak petrol saja,” katanya yang gemar berseloroh.

Biarpun Ebby sudah menjangkau usia emas, peminat pastinya mendoakan artis kesayangan mereka itu dipertemukan jodoh dan sukses dalam hidup. Moga suatu hari nanti, akan muncul wanita istimewa dalam hidupnya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino