Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Jom Bincang Falsafah dan Pemikiran P Ramlee

Sukar menidakkan kehebatan karya Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee.

Sama ada filem atau lagu, ia sentiasa menghiburkan ramai melangkaui zaman.

Sepertimana legasi beliau yang tiada galang ganti, ia terus menjadi topik menarik untuk diperkatakan dalam program wacana sebagainya.

Istimewa buat peminat P Ramlee kali ini, satu acara wacana akan diadakan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Wacana Seni Falsafah dan Pemikiran Seniman Tan Sri P. Ramlee anjuran FiTA merupakan sebuah sesi diskusi yang membincangkan kedalaman pemikiran dan falsafah karya-karya seniman agung yang dikagumi semua.

Orang ramai dijemput hadir esok.

Menerusi wacana ini, pelajar dan khalayak yang hadir berpeluang menimba ilmu, mengambil inspirasi dan menyelami pemikiran serta falsafah yang terkandung dalam karya-karya unik P. Ramlee.

Acara ini bakal dirasmikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed.

Sesi wacana pula membariskan panel yang dijemput khas iaitu Datuk Ahmad Fauzee Abdul Samad yang dikenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan pernah menulis buku bertajukIrama Sanubari P. Ramlee manakala moderator pula ialah Siti Raihani Mohd Saaid.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini yang akan berlangsung di Ruang Eksperimental FiTA (REF), UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor jam 2 petang esok.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino