Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Daftar Nama Syarikat, ezbiz Online SSM Tidak Pening Kepala

Segalanya lebih mudah dan pantas.

Bagi mereka yang ingin memperbaharui atau membuat pendaftaran baru nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak lagi perlu pening kepala.

Menariknya, proses pendaftaran berkenaan boleh dibuat pemohon sendiri secara online.

Kaunter SSM di Menara SSM @ Sentral Kuala Lumpur tidak lagi sesak dengan pelanggan selepas sistem online digunakan. (Foto: Kafebuzz)

Berikut proses yang perlu dilakukan pemohon:

  1. Daftar maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon serta ‘username’ dan kata laluan dalam sistem SSM iaitu ezbiz.ssm.com.my.
  2. Selepas itu ambil nombor giliran untuk mendaftar nama perniagaan di kaunter SSM dan seterusnya membuat bayaran.
  3. Proses pendaftaran atau memperbaharui nama syarikat selesai selepas ‘thumb print’ dan Tax Invoice dicetak.

Tinjauan Kafebuzz di kaunter SSM di tingkat 12, Menara SSM @ Sentral Kuala Lumpur mendapati suasana tidak lagi sibuk dengan pelanggan dibandingkan cara lama SSM sebelum ini.

Pemohon juga boleh mendaftar nama syarikat mereka menerusi online dengan menggunakan komputer berdekatan kaunter SSM ini.

Sebagai panduan, pendaftaran syarikat atas nama sendiri ialah sebanyak RM40 manakala syarikat atas nama Enterprise, Trading, Solution, Empire dan Media adalah RM70.

Hanya daftar secara online dan kemudian bayar di kaunter SSM. (Foto: Kafebuzz)

Beza kali ini, jika Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diambil pada hari yang sama tapi mengikut sistem online, ia boleh dicetak sendiri.

Sijil ini juga boleh dicetak di kaunter SSM secara percuma pada keesokkan harinya.

Maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran juga boleh didapati menerusi risalah ezbiz Online yang diberikan ketika mengambil nombor giliran di kaunter SSM.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino