Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

“Dah Macam Kes Jenayah, Nampak Kurang Cerdik” – Ahli FDAM Dipanggil Polis Beri Keterangan

Lagi dua minggu AGM FDAM bakal diadakan.

Tarikh 17 November ini dijangka mencatat sejarah tersendiri kerana isu dalaman persatuan hiburan itu akan dibongkar lebih lanjut oleh ahli.

Hari ini, ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dimaklumkan sekali lagi mengenai acara tersebut menerusi emel.

Kali ini tarikh yang tertera dalam emel Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2018/2019 ialah 17 November dan bukannya 16 November seperti mana dimaklumkan AJK sebelum ini. (Baca lagi: Tiada EGM FDAM, Hanya AGM Tapi Bila Tarikh Sebenar?)

Di sebalik isu dan usul yang mahu dibawa ke AGM itu nanti, timbul satu lagi isu baru apabila salah seorang ahli persatuan itu dipanggil polis untuk beri keterangan berhubung isu FDAM, semalam.

Isu dalaman FDAM sepatutnya dibawa menerusi usul dalam AGM pada 17 November ini.

Apa sudah jadi?

Difahamkan, laporan polis tersebut dibuat salah seorang AJK dalam persatuan hiburan itu.

Ibarat ayah bertengkar kata dengan anak. Rasa malu dilihat keluarga lepas itu pergi lapor polis,” kata ahli yang teraniaya tersebut.

Tindakan membuat laporan polis itu menimbul persoalan ramai dalam kalangan ahli FDAM.

Salah seorang ahli berpandangan usul yang dibawa ahli sendiri bukan bersifat jenayah tetapi hanya pelanggaran etika kerja dan salah guna mandat pada ahli. Justeru, dia mempersoal mengapa laporan polis perlu dibuat?

Pandangan sama disokong seorang lagi ahli yang melihat laporan polis yang dibuat AJK berkenaan dianggap sebagai penamat untuk kepimpinan FDAM yang sedia ada.

Negara boleh tukar pemerintah takkan FDAM tak boleh,” katanya.

Laporan polis yang dibuat terhadap ahli tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan AGM bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tuan-tuan sahabat-sahabat nilaikan la sikap seorang pemimpin macam tu… lagi la nak bela hal-hal kita ahli ini,” ujar seorang lagi ahli FDAM.

Bekas presiden FDAM yang juga pengarah filem paling ‘otai’ iaitu Ahmad Ibrahim atau Mat London berpandangan masalah dalaman ahli persatuan itu tidak patut dilaporkan hingga ke balai polis.

Dah macam kes jenayah, nampak kurang cerdik,” katanya.

Impak isu dalaman FDAM ketika ini bukan saja membuatkan segelintir ahli kurang percaya terhadap kepimpinan FDAM ketika ini tapi lebih mengejutkan apabila ia menjadi kes polis.

Apa kesudahan ‘drama rantaian terbaik’ FDAM kali ini, kita tunggu dan lihat pada 17 November nanti.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino