Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Mungkinkah Filem Tiada Tajuk Raih Anugerah ASK2019?

Filem Tiada Tajuk menang anugerah ASK2019?

Ia bukan mustahil jika itu adalah keputusan juri dan jika rezeki sudah tertulis buat filem terbitan Mawi World Entertainment itu.

Filem arahan pertama Mawi ini tercalon untuk kategori filem pada majlis Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, malam ini.

Filem Tiada Tajuk pernah mencipta kontroversi menerusi watak yang mempunyai karakter LGBT.

Mawi yang lebih dikenali menerusi bakat nyanyian buat julung kali mempertaruhkan karya dalam bidang filem.

Sebelum ini segelintir berpandangan skeptikal mampukah anak kelahiran Felda Taib Andak ini mengarah filem?

Ia terbukti apabila filem Tiada Tajuk yang dibintangi tiga pelakon utama iaitu Joey Daud, Along Cham dan Hazama ditayangkan di pawagam pada 4 April lalu.

Bagi Mawi, dia menyatakan perasaan syukur apabila filemnya itu tercalon untuk ASK 2019.

“Dah tercalon ni pun syukur dah. Terima kasih pada juri,” katanya kepada Kafebuzz.

Filem Tiada Tajuk membawa genre komedi Islamik.

Sebagai anak seni yang berpengalaman selama 14 tahun selepas mencipta populariti sebagai Juara Akademi Fantasia 3, Mawi memberitahu dia tidak letak harapan untuk menang pada malam ini.

“Saya buat filem sebab minat yang mendalam,” ujarnya soal harapan untuk menang.

Begitu juga, Mawi percaya juri ASK2019 lebih arif dalam memilih pemenang yang layak khususnya untuk kategori filem yang dipertandingkan kali ini.

Memang benar kata Mawi, juri lebih arif dalam memilih pemenang. Justeru, faktor penerima anugerah seharusnya dinilai dari aspek kualiti sesuatu karya, pengarahan dan lakonan yang ditonjolkan.

ASK2019 kali ini mempertaruhkan 30 kategori termasuk tujuh kategori filem iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino