Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Nak Ke Mana Cuti Sekolah, Mawi Ada Pakej Percutian Menarik Buat Peminat

Hujung tahun merupakan masa terbaik pergi bercuti.

Pada masa itu, cuti sekolah bermula. Jadi, ibu bapa ada baiknya meluangkan masa mengambil cuti untuk membawa anak-anak berehat panjang.

Namun, destinasi mana yang harus dituju. Apa kata, kali ini anda mengambil kesempatan bercuti ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

Satu pakej percutian menarik ditawarkan kepada mereka yang mahu pergi umrah bersama penyanyi terkenal, Mawi.

Pakej tersebut dijangka akan diadakan pada 8 hingga 17 Disember depan.

Terdapat 3 pakej menarik yang ditawarkan iaitu RM6,100 seorang untuk bilik berempat, RM6,640 seorang (bilik bertiga) manakala bilik berdua dikenakan bayaran sebanyak RM7,300 seorang.

Sudah tentu, keselesaan jemaah ke sana yang disediakan MIMM Travel & Tours ini menjadi keutamaan apabila menyediakan hotel penginapan yang jaraknya hanya 180 meter ke Masjidil Haram.

Bagi mereka yang berminat khususnya peminat Mawi, boleh menghubungi Haji Harun di talian 019-7771959 atau Hajah Zie di 010-2291959 untuk bertanya lanjut dan membuat tempahan.

Ujar Mawi menerusi Instagramnya, tempat untuk percutian umrah kali ini tidak banyak kosong.

Dia berharap peminat cepat daftar dan dia juga tidak sabar untuk ke sana. Mungkin ini adalah kenangan terindah buat anda ke Tanah Suci bersama idola.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino