Misi Mencari Pitt Hanif Diteruskan, Rakan Solidariti FDAM Turun Ke Lokasi Kejadian
1 min read
Misi pencarian masih diteruskan.
Sehingga kini operasi pasukan penyelamat untuk mencari pengarah filem, Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif masih dijalankan.
Mangsa merupakan anak kepada pelakon veteran, Fauziah Nawi hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Jelai berdekatan jambatan Kampung Gemunchor, Jerantut Pahang, dalam satu kejadian yang berlaku semalam.

Difahamkan, operasi membabitkan empat agensi keselamatan iaitu polis, APMM, bomba, Rela dan penduduk kampung bermula jam 8 pagi tadi.
Beberapa rakan pengarah yang juga ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dari kumpulan Solidariti FDAM turut hadir ke lokasi kejadian sejak malam tadi.

Berikut beberapa foto yang dikongsi mereka menerusi mesej WhatsApp.






- Kafebuzz.my