Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

FiTA Bakal Jadi Pakar Rujuk Warisan Budaya Malaysia

Pelajar FiTA bakal beraksi di pentas luar negara.

Ia bukan sembang di kedai kopi tapi bakal menjadi kenyataan apabila sasaran kumpulan pertama 30 graduan dari fakulti tersebut akan diberi pendedahan untuk membuat persembahan di serata dunia.

FiTA iaitu Fakulti Filem, Teater dan Animasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam bakal memperkenalkan Diploma Tari dan Drama bermula semester Mac tahun depan.

FiTA menjalinkan kerjasama perjanjian persefahaman (MoU) dengan International Dance Organization World (IDO) di DATC, UiTM Shah Alam, Selangor semalam. (Foto: FiTA)

Dekan FiTA, Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen berkata, satu perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani antara fakulti itu dengan International Dance Organization World (IDO) semalam.

Perjanjian itu dimeterai antara Dekan FiTA mewakili pihak Naib Canselor UiTM dengan Presiden IDO, Michael Wendt di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, semalam.

Perjanjian ini bakal membuka peluang UiTM menjadi tuan rumah pertandingan tarian peringkat antarabangsa manakala pengiktirafan dan sokongan IDO terhadap program baru Diploma Tari dan Drama yang bakal ditawarkan UiTM pada tahun hadapan,” katanya kepada Kafebuzz.

Dr A Razak (lima dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan
Presiden IDO, Michael Wendt. (Foto: FiTA)

Difahamkan, MoU yang dicapai bukan saja membabitkan pengenalan kursus baru di FiTA tetapi FiTA sendiri mempunyai matlamat memasarkan graduan dalam bidang seni tari ke pasaran kerja tempatan mahupun antarabangsa.

Pensyarah Kanan Program Filem FiTA, Azhari Muhammad Zain turut menambah usaha FiTA untuk kerjasama ini diharapkan dapat menghidupkan budaya tari dan drama di peringkat tempatan untuk diperkenalkan ke luar negara.

Sebagai langkah pertama FiTA adalah menganjurkan Festival Tari Antarabangsa yang dijangka akan diadakan pada Disember 2020 di mana pelajar kursus Diploma Tari dan Drama akan membuat persembahan.

“Menariknya, pelajar FiTA ini akan dilatih tenaga pengajar dari IDO yang mempunyai ibu pejabat di Jerman.

“Pelajar ini akan dibimbing tenaga pengajar seperti koreografer yang berpengalaman dari aspek teknikal. Menariknya, menerusi IDO akan menghubungkan pelajar FiTA dengan kelab tari di seluruh dunia sama ada swasta mahupun universiti,” katanya.

FiTA akan memperkenalkan program baru Diploma Tari dan Drama pada tahun depan. (Foto: FiTA)

Usahasama FiTA dengan IDO ini menjadi pencapaian buat fakulti tersebut yang memperkenalkan program kursus terbaharu selepas ia hanya dijadikan subjek dalam pembelajaran sebelum ini.

“Adanya MoU ini, FiTA diharap dapat menjadi pakar rujuk untuk menghidupkan warisan budaya di Malaysia termasuk tarian moden dan tradisional.

“Malah, FiTA juga bakal memasarkan graduan kami untuk membuat persembahan di hotel-hotel di Malaysia dan ini juga sebagai salah satu usaha menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

FiTA diharap dapat menjadi pakar rujuk untuk menghidupkan warisan budaya di Malaysia termasuk tarian moden dan tradisional. (Foto: FiTA)
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino