Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

“Bila Tanya, Duit Dah Habis…” – Keluhan Pengarah Filem

Nampaknya musim hantu sudah kembali.

Ketika ini filem Anak Perjanjian Syaitan masih ditayangkan di pawagam.

Bakal menyusul filem Pusaka pada 31 Oktober ini manakala filem Roh tidak ditayangkan di sini tapi akan dipertontonkan kepada khalayak di Festival Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) pada 22 November depan.

Bagi peminat genre seram, kemunculan filem seram terbaharu menjadi bahan hiburan yang dinantikan.

Namun, segelintir penonton bukan daripada golongan peminat ini tertanya-tanya apakah pembikin filem kita sudah ketandusan idea untuk menghasilkan filem yang mengangkat subjek berbeza.

Seorang pengarah filem terkenal mendedahkan beliau pernah mencadangkan filem yang membawa kisah tarian Mak Yong dibawa ke layar perak.

Bagaimanapun, beliau mengakui tiada siapa yang peduli. Malah, selepas proses pitching idea tersebut, ia hanya sepi begitu saja.

“Bila tanya, duit dah habis dah bagi pada orang lain yang buat filem pun tak jadi. Lawak kan?,” ujarnya.

Mungkin keluhan pengarah filem itu antara pejuang filem yang berusaha mengangkat tema dan budaya tempatan ke peringkat lebih tinggi menerusi filem yang sebenarnya mempunyai potensi untuk dibawa ke pasaran luar negara.

Siapa yang patut dipersalahkan? sama ada pengarah tersebut gagal menyakinkan pihak pemberi dana atau memang tiada peruntukan dana untuk filem tersebut pada masa itu.

Atau mungkin pemberi dana pada awal lagi sudah tidak berminat dengan genre sedemikian yang difikirkan mungkin tidak laku untuk tayangan di pawagam.

Filem Anak Perjanjian Syaitan kini ditayangkan di pawagam sejak 24 Oktober lalu.

Apapun alasannya, mana-mana pemberi dana termasuk produser dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya bekerjasama dalam penerbitan filem genre sebegini.

Mak Yong pernah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2005 dan juga dondang sayang pada Disember lalu.

Kita perlu ingat tahun depan 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia (TMM2020).

Apakah wujud filem tempatan yang boleh dijadikan contoh yang mengangkat budaya tempatan dan mempromosi Malaysia bersempena TMM2020?

Filem juga perlu dipandang serius sebagai produk yang mampu menarik perhatian dunia terhadap Malaysia.

Jika tiada usaha dilakukan sekarang, sampai sudah kita hanya melihat filem genre yang sama diterbitkan kerana kononnya faktor selera penonton tempatan.

Filem bukan sekadar hiburan tapi juga perjuangan bangsa dan negara untuk dikenang generasi akan datang.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino