Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Kenapa Saiful Apek Tak Masuk Maharaja Lawak Mega? Ini Jawapannya…

Betul ke jadi pelawak pada zaman sekarang cerah masa depan?

Ada pelawak yang popular di TV dan kemudian mempunyai berjuta pengikut di Instagram mampu meraih pendapatan sehingga RM200,000 sebulan.

Hakikatnya bukan semua pelawak jadi kaya. Malah, ramai lagi pelawak mahupun anak seni yang kais pagi makan pagi.

Kehidupan seorang pelawak juga berbeza dengan pelawak lain sama ada soal pendapatan atau cara hidup.

Ada pelawak sanggup mengambil apa jua tawaran yang datang demi sesuap nasi tapi ada juga pelawak yang mempunyai prinsip sendiri untuk terus kekal dalam industri.

Bagi pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, ada alasan sendiri mengapa dia tidak menyertai program pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega (MLM).

Jelasnya, ramai yang bertanya padanya soalan tersebut tetapi dia menjawab ia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyertai pertandingan Gegar Vaganza.

“Jawapannya mudah, rasanya tiada apa yang perlu saya buktikan dan raih lagi sebab terlalu bersyukur sangat-sangat selama ini dengan bermacam kejayaan dan pengiktirafan dalam industri seni sebelum ini.

“Kita bagi laluan pada mereka yang belum. Namun, akan terima dan terbuka kalau ditawarkan sebagai tenaga pengajar ataupun juri,” katanya menerusi status di Instagramnya, hari ini.

Saiful Apek menyatakan pendiriannya terhadap program MLM.

Dalam pada itu, Apek turut mengucapkan semoga berjaya pada rakannya, Azlee dan Illya yang menjadi peserta untuk MLM2019.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino