Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Tiada EGM FDAM, Hanya AGM Tapi Bila Tarikh Sebenar?

Mana mesyuarat agung luar biasa (EGM)?

Persoalan itu menjadi tanda tanya segelintir ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) selepas tuntutan mengadakan EGM sudah dihantar menerusi surat rasmi kepada pengurusan persatuan hiburan itu sebelum ini.

Bagaimanapun, semua ahli FDAM menerima jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) menerusi emel dan mesej WhatsApp berkumpulan kelmarin.

AGM ke-21 kali ini akan diadakan di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada November depan.

Difahamkan, agenda AGM ini akan membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan persatuan, membentang dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2018 serta membincang dan membahaskan usul.

Sudah tentu, AGM kali ini dijangka mencipta kontroversi dan sejarah tersendiri apabila usul daripada EGM akan dibangkitkan sekumpulan ahli yang menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti FDAM.

Dalam surat jemputan itu menyatakan usul yang mahu dikemukakan perlu diemel pada pejabat persatuan itu sebelum 11 November dan ahli yang menjelaskan yuran tahunan dibenarkan mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.


Sekumpulan ahli FDAM berkumpul pada satu majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di Dataran PROFIMA, Taman Permata, Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.

Usul EGM masuk AGM, boleh ke?

Sumber memberitahu menerusi perbincangan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebelum ini mengatakan sebarang usul untuk EGM boleh dibawa ke dalam AGM, jadi tidak perlu diadakan EGM.

“Cuma, sekiranya usul undi tidak percaya diluluskan dalam AGM tersebut maka satu EGM perlu diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa (AJK) baru,” katanya.

Surat jemputan yang diedarkan kepada ahli FDAM menerusi mesej berkumpulan persatuan itu.

Merujuk surat jawapan FDAM kepada wakil ahli yang menuntut EGM diadakan, menyatakan EGM tidak perlu dilakukan memandangkan AGM diadakan pada 17 November depan. Justeru, usul yang sama dibenarkan untuk dibawa ke AGM.

Tarikh dalam surat balas FDAM itu turut mengelirukan ahli kerana ia berbeza dengan tarikh AGM yang diterima menerusi emel iaitu 16 November.

Notis AGM yang diedarkan menerusi mesej berkumpulan FDAM pula menyebut tarikhnya ialah 17 November.

Surat jemputan ke AGM FDAM menerusi emel pula menyatakan tarikh 16 November depan.

Kafebuzz sebelum ini menyiarkan laporan bersiri mengenai kemelut dalaman FDAM.

Pendedahan isu dalaman persatuan hiburan itu mengejutkan ahli apabila logo FDAM tidak pernah didaftarkan di ROS termasuk gagal menghantar penyata kewangan selama 7 tahun berturutan. (Baca lagi: [Eksklusif] Logo FDAM Tidak Didaftar ROS, Pandangan Ahli Hanyalah Langau!)

Susulan isu tersebut, sekumpulan ahli FDAM berkumpul pada satu majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di Dataran PROFIMA, Taman Permata, Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, tindakan beberapa ahli tersebut tidak disenangi pengurusan FDAM. (Baca lagi: Apa Ahli FDAM Buat Pada Malam 1 Julai 2019?)

Salah seorang ahli, Asri Alias yang juga hadir pada majlis tersebut diberi surat tunjuk sebab. (Baca lagi: Malam Makan Lemang, Esok Dapat Surat Tunjuk Sebab!)

Pengarah filem terkenal, U-Wei Saari yang merupakan antara empat perintis pembentukan FDAM pada peringkat awal mengakui banyak persoalan berlaku dalam FDAM selama ini sehingga hala tujunya tidak seperti dulu. (Baca lagi: Isu FDAM: “Sekarang Hala Tujunya Lari Habis” – U-Wei Saari).

Apakah yang bakal berlaku pada AGM nanti sama-sama kita tunggu dan lihat tapi yang mana satu betul, 16 atau 17 November?

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino