Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Hanya RM30, Anda Mampu Jadi Jutawan YouTube!

Zaman sekarang media sosial sangat memberi kesan langsung pada masyarakat.

Apa jua berita di mana saja pelusuk dunia, ia pantas disampaikan pada pengguna Internet hanya dalam masa beberapa saat.

Begitu juga, peranan YouTube sebagai platform memuat naik dan menayangkan video semakin menarik perhatian ramai.

Realitinya, YouTube bukan sekadar hiburan pada orang ramai tetapi ia mampu menjana keuntungan kepada mereka yang meraih jumlah tontonan tertinggi pada video yang dimuat naik.

Ramai yang ingin buat duit menerusi YouTube tapi bagaimana caranya?

Bagi mereka yang mencari peluang untuk belajar cara meraih pendapatan menerusi YouTube boleh menyertai bengkel YouTube$ Malaysia.

Hanya bayar RM30, peserta berpeluang menimba ilmu menjana pendapatan menerusi YouTube. (Foto: Ambiaq)

Kumpulan pertama bengkel ini selesai dijalankan di Dewan Serbaguna, Presint 8, Putrajaya baru-baru ini.

Sambutan program ini cukup positif apabila berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak termasuk golongan profesioanal seperti komposer, produser TV, pengarah filem, editor, pemuzik, jurufoto, penjawat awam dan swasta.

Menariknya, peserta diajar teknik kejayaan kerjasama berkumpulan, kaedah penerbitan video YouTube, manual lengkap YouTube, pendapatan melalui Google Adsense, teknik auto subcribe, pendaftaran affiliate Lazada, akta hakcipta digital, teknik dan rahsia menjana pendapatan penerbitan digital 2020 dan kaedah promosi Facebook dan Instagram bagi menjana pendapatan.

Kelas seterusnya akan diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada 3 November ini.

Bayaran yang dikenakan hanya RM30 terbuka pada semua yang ingin menyahut cabaran alaf 2020. Mereka yang berminat boleh menghubungi 011-56225662.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino