Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Kereta ‘Initial D’ AE86 Singgah ‘Makan’ Roti Canai

Bagi pengemar kereta, kehebatan Toyota AE86 memang sukar ditandingi.

Kereta tersebut yang menjadi subjek filem Initial D pernah ditayangkan pada 2005 menampilkan aktor popular Hong Kong, Jay Chou sebagai pendukung utama, Takumi Fujiwara.

Namun, apa perasan anda jika berpeluang melihat kereta tersebut di depan mata bukan di Jepun tapi di Malaysia?

Kemunculan jentera terhebat itu menarik perhatian ramai apabila ia singgah ‘makan’ roti canai di Gerai Roti Canai Mak Jah dekat Warung Nora Corner, Jenderam Hilir, Dengkil.

Jentera AE86 membuat kejutan apabila singgah di sebuah gerai roti canai di Jenderam Hilir, Dengkil semalam. (Foto: Turmadzi Madun – Facebook)

Menurut seorang pemilik akaun Facebook, Turmadzi Madun, kereta tersebut khabarnya datang ke kawasan itu untuk menjalani penggambaran sebuah program ‘review’ kereta.

“Tarak juai woo..ini champion punya (translate tulisan Jepun kat pintu tu),” kata bekas kakitangan akhbar Kosmo! itu dengan penuh teruja.

Meskipun usia AE86 sudah melebihi 3 dekad, ia masih menjadi kegilaan peminat kereta lumba. (Foto: Turmadzi Madun – Facebook)

Jika diamati pada 3 gambar kereta itu yang dikongsi tauke roti canai itu memang ia adalah kereta model AE86.

Nampaknya kehadiran AE86 bukan saja mencuri tumpuan tapi mempromosikan salah satu kawasan menarik di Malaysia untuk tontonan masyarakat antarabangsa.

Ia pasti mengujakan apabila melihat AE86 yang masih tertera tulisan Jepun pada badan kereta itu. (Foto: Turmadzi Madun – Facebook)

Mungkin jika ada babak pemandu kereta itu singgah makan atau bungkus roti canai makan dalam kereta sudah tentu gempak!

Lebih gempak jika tauke roti canai pun jadi pelakon tambahan! Roti canai pun ada dalam syot sekali. Fuyoo.

Roti canai tsunami turut tarik perhatian AE86 untuk singgah di gerai tersebut. (Foto: Turmadzi Madun – Facebook)

Sempena Tahun Melawat Malaysian 2020 (TMM 2020) seharusnya Malaysia menjadi lokasi tumpuan pelancong luar negara termasuk menjadi lokasi penggambaran untuk filem antarabangsa.

Rakyat Malaysia juga tumpang bangga.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino