Last Updated: 29/11/2019 - 11:31 PM

Pening Soal Promosi, Kafebuzz Boleh Bantu!

Pada zaman kini, media sosial memainkan peranan sangat besar.

Jika dulu, produser filem, drama mahupun muzik lebih gemar menggunakan platform akhbar dan majalah sebagai strategi promosi sesuatu produk terbaru mereka tapi kini media sosial lebih memainkan peranan.

Portal Kafebuzz mula beroperasi secara dalam talian pada 10 Julai 2015 menerusi pautan, www.kafebuzz.my.

Berperanan sebagai portal berita yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kafebuzz tidak menggunakan platform blog yang lebih terarah kepada penulisan secara individu atau kisah peribadi.

Kewujudan Kafebuzz lebih profesional dalam melaporkan berita secara telus, berdasarkan fakta sebenar dan sumber yang dipercayai.

Fokus utama adalah berita hiburan tetapi bukan mengangkat cerita gosip artis sebaliknya, memberi ruang pada laporan isu semasa yang berlaku dalam industri seni seperti filem, drama, teater, muzik termasuk polemik dalam persatuan hiburan tempatan.

Penekanan pada isu hiburan semasa sangat penting kerana ia memberi impak pada pengetahuan penggiat seni untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, kebenaran dan bagaimana jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini dapat diatasi.

Apa fokus Kafebuzz?

Kafebuzz mempunyai 8 segmen iaitu Bisnes, TV, Gendang, Prihatin, Global, Perjuangan, Sinema dan Trivia.

Antara artikel yang diterbitkan Kafebuzz untuk mempromosikan bisnes yang dijalankan secara individu, berkumpulan, syarikat mahupun hotel.

Segmen Bisnes mengambil pendekatan dengan memberi ruang pada usahawan tidak kira selebriti mahupun individu yang menjalankan apa jua jenis perniagaan sah di bawah undang-undang.

Ini merangkumi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk peniaga dalam talian untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Segmen TV pula merujuk pada akronim, televisyen yang memberi publisiti segala berita yang berkaitan seperti program berkonsepkan muzikal, dokumentari, drama, telefilem mahupun drama bersiri yang disiarkan di televisyen.

Skop kandungan segmen ini tidak terhad pada sesuatu program di satu stesen televisyen tertentu saja. Kafebuzz juga melaporkan perkembangan berita semasa seperti di sebalik tabir pembikinan drama mahupun program televisyen itu sendiri.

Laporan berita juga boleh menceritakan bagaimana penggambaran sesebuah program TV dijalankan, proses praproduksi sehingga pascaproduksi.

Nama segmen Gendang lebih mudah merujuk pada muzik iaitu gendang yang merupakan salah satu instrumen muzik yang mengingatkan orang ramai terhadap muzik.

Artikel sebegini juga membantu golongan artis mempromosikan produk mahupun perkhidmatan mereka.

Bagi segmen ini, ia memberi tumpuan pada segala bentuk berita hiburan yang berlaku dalam industri muzik tanah air.

Skop laporan berita ini juga meliputi perkembangan kerjaya seni artis sama ada penyanyi solo atau band yang mahu mempromosikan ‘single’, album dan muzik video terbaru, persembahan pentas mahupun pertandingan nyanyian serta bengkel muzik seperti kelas vokal.

Kafebuzz melihat tidak banyak portal berita yang sudi berkongsi berita mengenai isu kemanusiaan bersama khalayak. Ini mendorong Kafebuzz untuk tampil dengan segemen Prihatin.

Meskipun berita isu kemanusiaan sebegini kurang dibaca khalayak dibandingkan gosip artis, ia sebenarnya mempunyai nilai berita yang sangat tinggi.

Malah, segmen ini juga membawa skop yang lebih luas seperti aktiviti sukarelawan membabitkan artis tempatan pergi ke Syria dan misi bantuan kemanusian yang dijalankan di kawasan bencana alam, sumbangan kepada anak yatim serta golongan gelandangan.

Artikel menerusi segmen Prihatin sangat penting dalam memberi kesedaran dan mengangkat nilai murni pada masyarakat.

Sesuai dengan ‘tagline’ Kafebuzz iaitu Portal Hiburan Komprehensif, laporan berita semasa secara menyeluruh menerusi segmen Global iaitu di peringkat antarabangsa sewajarnya diberi perhatian.

Apabila berbicara mengenai laporan berita hiburan antarabangsa ia lebih merujuk pada kisah selebriti yang berlaku di luar negara seperti Hollywood.

Bagaimanapun, kandungan berita antarabangsa ini lebih menekankan pada perkembangan artis luar negara merangkumi muzik, teater, drama dan filem terbaru yang dijayakan mereka.

Kafebuzz bersikap telus dalam membincangkan apa jua isu yang dibangkitkan.

Dalam melaporkan berita hiburan semasa, salah satu skop penting yang perlu diberi lebih perhatian adalah isu yang berlaku dalam industri seni tempatan termasuk polemik dalam persatuan hiburan. Ini semua dipaparkan menerusi segmen Perjuangan.

Cerita berkaitan industri perfileman tempatan seperti tayangan filem, ‘review’ dan promosi filem menjadi bahan berita penting yang perlu disampaikan dalam segmen Sinema. Akronim Sinema merujuk pada filem atau wayang.

Kafebuzz memberi fokus dalam mempromosikan lebih banyak kisah filem tempatan.

Segmen Trivia lebih bersifat santai untuk pembaca mengimbau kembali sesuatu sejarah atau peristiwa yang pernah berlaku dalam industri hiburan.

Ini juga pelbagai kisah artis seperti di sebalik populariti filem dan cerita pelakon veteran ketika mereka membabitkan diri dalam bidang seni.


Kafebuzz juga menerbitkan artikel yang mengimbau kenangan penonton terhadap filem lama.

Trivia mengikut definisi Kamus Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membawa maksud pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu.

Apa pencapaian Kafebuzz?

Filem Kapsul

Penekanan pada ‘angle’ berita sangat penting dalam menarik perhatian pembaca.

Buat pertama kalinya, filem tempatan menampilkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelakon jemputan khas iaitu menerusi filem Kapsul.

Filem terbitan Two Tones Sdn Bhd ini dibintangi lebih 30 pelakon popular termasuk Faizal Hussein sebagai pelakon utama.

Kafebuzz turut membantu promosi filem ini menerusi beberapa artikel yang diterbitkan sebelum tayangan filem ini pada 17 September 2015.

Gandingan Alif Hamdan dan Feeya Iskandar


Buat julung kali Kafebuzz mengadakan sesi fotografi eksklusif bersama Feeya Iskandar dan Alif Hamdan di Litar F1 Sepang.

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2015, Kafebuzz mencipta kelainan daripada laporan berita yang disajikan menerusi kisah dua selebriti muda yang mencipta nama dalam dua bidang berbeza.

Alif Hamdan merupakan pelumba profesional Super Car negara manakala Feeya Iskandar dikenali ramai sebagai penyampai radio popular.

Bagi menjadikan artikel ini suatu yang menarik dan bersifat eksklusif, Kafebuzz melakukan sesi fotografi dan interview di Litar Formula 1, Sepang, Selangor.

Kafebuzz turut berpeluang membuat liputan secara eksklusif kisah Alif ketika menyertai Perlumbaan Porsche Carrera Cup Asean 2015 sempena Asian Festival of Speed di Litar Formula 1, Sepang pada 6 September 2015.

Ramli Sarip & M. Nasir University Tour 2016


Kafebuzz turut bersama sebagai rakan media untuk program jelajah Datuk Ramli Sarip bersama Datuk M Nasir sebelum ini.

Acara jelajah ini membabitkan dua penyanyi terkenal, Datuk Ramli Sarip bersama Datuk M. Nasir berkunjung ke lapan lokasi universiti di seluruh negara.

Kafebuzz berkesempatan menjalinkan kerjasama sebagai rakan media yang memberi sokongan kepada penganjuran acara ini. Dalam pada itu, tugas Kafebuzz juga terbabit dalam merancang dan menyediakan idea untuk program Wacana Seni Muzik.

Acara berkonsep diskusi ini menjadi salah satu aktiviti penting dalam program jelajah ini selain persembahan showcase bersama dua artis legenda tersebut.

Program ‘Mini Carnival for Autism Awareness’


Kafebuzz percaya program sebegini juga perlu diberi publisiti meskipun kurang mendapat perhatian pembaca.

Kafebuzz turut mengambil peluang bekerjasama dengan Eden Firdaus Centre for Special Education dalam memberi publisiti pada acara ‘Mini Carnival for Autism Awareness’.

Acara yang diadakan di Red-Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 29 April 2017 menyediakan pelbagai aktiviti selama sehari seperti 10,000 langkah bersama ibu bapa, kanak-kanak autisme dan selebriti tempatan, sesi kaunseling serta pelbagai permainan untuk kanak-kanak.

Peranan Kafebuzz dalam acara ini juga ditugaskan menyediakan kenyataan media, menjemput pihak media untuk hadir pada hari acara berlangsung dan menguruskan pendaftaran media bersama pihak penganjur.

Bagi Kafebuzz, laporan artikel sebegini penting dalam menyokong sambutan hari Autisme dan menghebahkan acara berkenaan untuk pengetahuan ramai.

Filem Tiada Tajuk

Antara artikel yang diterbitkan Kafebuzz dalam mempromosikan filem Tiada Tajuk.

Ini merupakan pencapaian terbesar Kafebuzz dalam penerbitan artikel secara eksklusif dan bersiri apabila menghasilkan 37 artikel mengenai filem Tiada Tajuk.

Perancangan Kafebuzz bekerjasama dengan penyanyi popular, Mawi yang bertindak sebagai produser dan pengarah filem pertamanya ini bermula lima bulan awal sebelum tayangan filem ini pada 4 April 2019.

Ini bermakna, Kafebuzz menerbitkan artikel sejak Disember 2018 dengan melakukan promosi di media sosial termasuk di Instagram, Facebook dan Twitter.

Pencapaian terbaik antara artikel yang diterbitkan adalah dari 14 Mac sehingga 10 April mencatatkan jumlah pembaca seramai 44,000.

Bagaimana Kafebuzz boleh bantu bisnes anda?

Faktor bajet sering menjadi kekangan dalam melakukan promosi. Namun, bajet untuk promosi sepatutnya perlu diperuntukkan.

Ini kerana ia boleh mengundang risiko seperti filem baharu yang ditayangkan kurang sambutan penonton. Begitu juga impak sama berlaku pada program drama atau muzik.

Kafebuzz bermatlamat membantu penggiat seni dan usahawan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka sebaik mungkin pada kadar bajet yang mereka mampu.

Jika stesen TV atau radio mengenakan bayaran berpuluh atau beratus ribu untuk promosi, Kafebuzz boleh bantu anda pada harga yang lebih murah!

Semua orang mahu untung apabila berniaga tetapi strategi promosi bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat sangat penting seperti mana menyediakan bahan promosi menerusi penulisan berita yang mahu dikongsi dengan orang ramai.

Tidak rugi untuk berbincang lanjut dengan Kafebuzz soal bagaimana strategi anda untuk promosi bisnes.

Jika anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kafebuzz menerusi emel, admin@kafebuzz.my.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino