Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

Azizi ‘Chunk’ Adnan Bantai ‘Pengkritik Filem’, Dedah Permainan Kotor Stesen TV

Bagi penggiat seni, nama Azizi ‘Chunk’ Adnan bukanlah asing.

Beliau seorang pengarah filem yang gigih berkarya dari aspek pengarahan sehingga menulis skrip dan melakukan pelbagai kerja belakang tabir.

Bukan semua pengarah filem berkebolehan untuk melakukan pelbagai kerja penerbitan jika tanpa minat dan pengalaman.

Suatu ketika dulu, Azizi pernah muncul dengan filem Antoofighter: Amukan Drakulat genre komedi pada tahun 2008.

Dalam diam, semangat Azizi untuk menghasilkan karya terbaharu tidak pernah padam apabila kembali dengan filem Hero Jangan Bikin Panas.

Filem terbaharu arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan akan ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober ini. (Foto: Hero The Movie – Facebook)

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini dibintangi antaranya Hisyam Hamid, Bell Ngasri dan Datuk Jalaluddin Hassan menjadi naskhah yang memberi penghargaan pada anggota bomba atas sumbangan mereka pada masyarakat.

Dalam berdebar menantikan tayangan filem ini di pawagam pada 3 Oktober ini, Azizi sebaliknya meluahkan rasa kecewa terhadap kritikan seorang individu di media sosial yang didakwa memfitnahnya dengan mengaitkan kisah kematian kontroversi anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Bagi menangkis fitnah tersebut, Azizi tampil memberi penjelasan dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun The Bike Preacher.

Dalam video berdurasi 28 minit 35 saat itu, dia menjawab tohmahan komen individu tersebut yang kononnya bertindak sebagai pengkritik filem.

Luahan Azizi bukan saja mahu ‘membantai’ individu itu tapi juga menyelitkan pengalamannya sebagai anak seni yang berdepan pelbagai isu dalam industri hiburan termasuk kerenah stesen TV sehingga mengakui wujud amalan rasuah dalam kalangan mereka yang terbabit.

Apa yang diperkatakan Azizi boleh dijadikan pengajaran pada semua khususnya pengarah dan produser filem lain tetapi apa yang paling penting, badan berwajib seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mahupun persatuan hiburan berkaitan seperti Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) perlu bertindak dengan mengambil serius dakwaan pengarah bersemangat waja ini.

Sepertimana kesungguhan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bersama barisan menteri kabinet berusaha memperbetulkan situasi tabir urus dan kewangan negara, begitu juga industri hiburan khususnya membabitkan stesen TV perlu diperbetulkan dan diberi perhatian serius.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino