Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

Lembaran Baruku Menari Bersama Indah Edrea

Pencapaian seorang artis tidak hanya diukur pada pembabitan seninya semata-mata.

Seperti penyanyi, mempunyai lagu baru cukup penting dalam memberikan sesuatu buat peminat.

Kesungguhan ini ditunjukkan penyanyi berbakat besar, Indah Edrea yang sering mencari ruang dalam berkarya.

Terbaru, penyanyi yang popular menerusi lagu, Pergilah Bersamanya dan Jodoh Pasti Bertemu muncul dengan single keempat berjudul Lembaran Baruku.

Jelasnya, lagu ciptaan Bemby Noor yang pernah menghasilkan lagu Pergilah Bersamanya masih selesa dengan genre pop tapi bezanya kali ini ia lebih rancak.

“Ini dibuat khusus persembahan daripada Indah untuk peminat setia,” katanya kepada Kafebuzz.

Indah Edrea tampil lagu keempat, Lembaran Baruku.

Sambungnya, lagu rentak rancak juga mencabar dirinya untuk menyanyikan lagu sedemikian.

“Tiga lagu sebelum ini Indah nyanyikan secara pop ballad. Jadi, istimewa untuk kali ini Indah menyanyikan lagu yang lebih segar dan rancak.

“Untuk pendengar apabila mendengar lagu ini mereka boleh menari juga,” katanya.

View this post on Instagram

first love yourself 💕…

A post shared by Indah Edrea 🇮🇩 🇲🇾 (@indahedrea) on

Indah yang sering berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan setiap lagu barunya mengakui sambutan pendengar untuk lagu baru kali ini juga positif.

“Sambutan kali ini daripada pendengar dan peminat Indah terhadap lagu Lembaran Baruku ini diterima sangat baik.

“Ramai yang memberitahu lagu ini memang ‘catchy’ dan ‘easy listening’,” katanya.’

Istimewa juga buat peminat Indah, buah tangan kali ini dihasilkan di Kuala Lumpur untuk muzik video.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino