Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Tinggal Di Qatar, Maizurah Mahu Tembusi Pasaran Muzik China

Menyanyi dalam bahasa asing memberikan suatu kelebihan.

Bagi bakat baru yang dikenali sebagai Maizurah, dia cuba mempamerkan bakat menyanyi lagu dalam bahasa Mandarin.

Menariknya, lirik lagu terbarunya berjudul Have You Ever Loved Me dihasilkan Maizurah sendiri dan bekerjasama dengan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes.

Gadis yang berasal dari Johor ini mempunyai minat mendalam terhadap bidang muzik dan berhasrat menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Dia sebelum ini pernah menulis dan merakam beberapa lagu Inggeris mahu lebih fokus pada lagu Mandarin.

Sudah tentu, Maizurah yang fasih dalam bahasa Mandarin sebenarnya pernah berlajar di sekolah Cina iaitu Foon Yew High School, Johor Bahru.

Dia kini menetap di Qatar turut mendengar pelbagai lagu Mandarin lain sebagai rujukan antaranya A-Mei, Faye Wong, Leehom Wang, Jacky Cheung, Jerry Yan, Jay Chou, Jin Sha (Kym) dan Fish Leong.

Maizurah mahu berkolaborasi dengan mana-mana syarikat rakaman untuk menghasilkan album Mandarin.

Selain itu, Maizurah amat meminati Penny Tai dan menganggap gadis itu sebagai idolanya dalam industri muzik Cina.

Secara kebetulan, Penny merupakan alumni sekolah yang sama dengan Maizurah.

Bangga dengan pencapaian serta kejayaan Penny dalam industri muzik Cina, Maizurah juga menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Penny dengan membangunkan kerjaya nyanyiannya sehingga menempa nama dalam industri muzik di China.

Maizurah berharap mahu berkolaborasi dengan mana-mana syarikat rakaman demi memastikan impiannya untuk menghasilkan album Mandarin menjadi kenyataan kelak.

Lagunya berjudul ‘Have You Ever Loved Me’ kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube dan bagi mereka yang mahu mengetahui perkembangan Maizurah boleh mengikutinya di Instagram, @officialmaizurah.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino