Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

Syafiq Ahmad Bagi Kejutan Pada UAE, Padan Muka Ali Ahmed Mabkhout!

Tahniah buat skuad Harimau Malaya.

Meskipun tewas kepada UAE pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam tadi, pasukan Malaysia masih mampu memberikan kejutan pada pasukan lawan.

Pasukan Malaysia tetap beraksi dengan baik pada perlawanan kedua saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. (Foto: FA Malaysia – Twitter)

Apa yang menarik pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu adalah jaringan awal pemain negara, Syafiq Ahmad pada minit pertama sepak bermula.

Ia seperti mimpi ngeri buat UAE kerana Malaysia berupaya menjaring gol sepantas itu.

Ia bermula menerusi gerakan bola daripada Mohamadou Sumareh kepada Matthew Davies di sebelah kanan pintu gol pasukan lawan berjaya menghantar bola yang ditanduk kencang Syafiq.

Gol tersebut bukan saja menggamatkan suasana dengan sorakan penyokong tempatan tetapi membuat pasukan lawan tergamam seketika.

Syafiq (jersi nombor 20) menjadi hero pasukan negara menerusi jaringan awal pada minit pertama. (Foto: FA Malaysia – Twitter)

Bagaimanapun, pasukan lawan meraih jaringan pertama mereka menerusi pemain kontroversi, Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-43.

Malaysia dan UAE mengikat keputusan 1-1 pada separuh masa pertama sebelum Ali sekali lagi menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-75.

Pemain negara, Mohamadou Sumareh disekat pemain pasukan lawan pada perlawanan Malaysia menentang UAE, malam tadi. (Foto: FA Malaysia – Twitter)

Di sebalik jaringan hebat Syafiq yang mencipta sejarah pada malam tadi, aksi pemain tengah negara, Brendan Gan dengan Ali di padang juga mencuri tumpuan.

Ali yang terlebih dahulu bertindak kasar menolak Brendan sebanyak 2 kali ketika sepakan sudut pasukan lawan menyebabkan Brendan diberikan kad kuning selepas menanduk muka pemain itu.

Brendan seolah berang dengan tindakan pengadil yang tidak mempedulikan tindakan Ali yang secara jelas menolaknya.

Bagaimanapun, tindakan Ali yang berlagak samseng itu mengundang padah apabila dia pula selepas itu menerima kad kuning gara-gara sekali lagi menolak Brendan.

Pasukan Harimau Malaya tetap memberikan saingan sengit pada UAE menerusi pelbagai cubaan mendapatkan gol. (Foto: FA Malaysia – Twitter)

Pastinya, peristiwa Ali dapat kad kuning kali ini bukan saja memberi kepuasan pada Brendan sendiri tetapi penyokong tempatan juga puas hati. Senang cakap padan muka Ali!

Brendan tetap merupakan pemain hebat daripada pasukan Perak yang menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam membantu permainan sepasukan sepanjang perlawanan malam tadi.

Biarpun aksi pasukan negara agak hambar sedikit pada separuh masa kedua terutama pada minit akhir perlawanan mungkin kerana faktor keletihan tetapi anak buah Tan Cheng Hoe tetap berjuang dengan baik.

Tewas malam tadi sebaliknya Malaysia tetap bermaruah dengan 1 gol jaringan yang penuh bersejarah.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino