Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Pelawak Popular Pernah Berniaga Roti Canai Demi Kelangsungan Hidup

Siapa tidak kenal Accapan?

Bagi peminat di era 80-an, kelibat pelawak dan pelakon komedi popular ini sering dinantikan. 

Program sitkom popular pada masa itu, Santan Belada yang turut dibintangi Accapan sangat diminati ramai penonton.

Accapan atau nama sebenarnya, SamyNathan Rethinam sebenarnya pernah mempunyai pekerjaan tetap dalam sektor awam sebelum terjun ke bidang lakonan.

Menariknya, nama pentas iaitu Accapan adalah nama watak dalam skrip satu drama pentas. 

Ujarnya menerusi program Layan Je! Di Sebalik Tawa, gajinya ketika sebagai penjawat awam hanya RM375 sebulan tapi Santan Berlada membayarnya RM500.

Lalu, Accapan mengambil keputusan behenti kerja di kementerian Kewangan dan berlakon sepenuh masa.

Bagaimanapun, Accapan yang lahir pada tahun 1955 pernah melalui zaman kejatuhan sebagai pelakon ketika krisis kewangan negara.

Akibat daripada situasi itu, dia sanggup berniaga roti canai di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Di sebalik populariti Accapan dalam program TV termasuk di layar perak, dia juga menyatakan pihak media banyak bagi sokongan pada kerjaya seninya.

Pelakon filem Mira Edora dan O.K (Orang Kampung Otak Kimia) ini juga berkongsi tips berlakon pada generasi muda iaitu pelakon tidak boleh meniru lakonan orang lain tapi menjadi diri sendiri untuk berjaya sebagai pelakon.

Accapan meninggal dunia pada 14 September tahun lalu akibat penyakit buah pinggang. 

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino