Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

KRU Ajak Alumni Sertai Contentpreneur 2020

Suatu ketika dulu, mereka adalah trio yang diminati ramai gadis.

Sebagai antara pelopor genre rap di negara ini pada era 90-an, KRU terus berkembang sebagai label syarikat rakaman sendiri dan mempunyai artis naungan mereka.

Tidak terkecuali, mereka gah menerbitkan jenama filem sendiri seperti Cicakman, Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Meskipun KRU tiada lagi buat persembahan pentas, mereka tetap berjuang dalam bidang seni.

Terbaru, menerusi jenama di bawah Yayasan KRU, mereka melancarkan program Contentpreneur 2020.


Menteri Pembangunan usahawan Malaysia, Datuk Seri Redzuan Yusof merasmikan
program Contentpreneur 2020 di MAEPS, Serdang, Selangor baru-baru ini. (Foto: Yayasan KRU)

Acara tahunan ini menyediakan peluang perniagaan berkaitan industri kreatif bagi alumni institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Menariknya, pemenang pertandingan keusahawanan ini akan mendapat
pembiayaan modal permulaan bagi penghasilan harta intelek dan seterusnya dibantu menerusi proses ‘mentorship’ bersama usahawan professional dan pelabur industri selama 4 bulan.

Sekiranya peserta ini berjaya di peringkat ‘pitching’, para usahawan baru ini akan disediakan dana penerbitan serta pengkomersilan produk.


Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac (tengah) bersama Norman (kanan) turut serta dalam forum bersempena
Minggu usahawan Nasional (MUN) 2019. (Foto: Yayasan KRU)

Presiden Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim berkata industri kandungan kreatif merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di peringkat tempatan dan global sejajar dengan perkembangan IR4.0.

“Dengan adanya sokongan dari pelbagai pihak, kami percaya pertandingan Contentpreneur 2020 bakal melahirkan usahawan-usahawan industri kreatif generasi baru yang merancakkan lagi prestasi ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Program Contentpreneur 2020 dirasmikan Menteri Pembangunan usahawan Malaysia, Datuk Seri Redzuan Yusof bersempena Minggu usahawan Nasional (MUN) 2019 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Yayasan KRU percaya pertandingan Contentpreneur 2020 bakal melahirkan usahawan-usahawan industri kreatif generasi baru. (Foto: Yayasan KRU)

Pada majlis itu juga berlangsung forum ‘The Creative & Cultural Economy’ dan ‘Content Funding & Commercialization’ bersama barisan panel terdiri daripada Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, Presiden Malaysia Business Angel Network (MBAN), Alan Lim dan Pengerusi, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Kenny Ong.

Turut serta, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah dan Luke Xiang yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Landhightech VSOCloud Group China.

Maklumat lanjut mengenai Contentpreneur 2020 serta terma dan syaratnya boleh melayari laman sesawang di www.yayasankru.org atau emel kepada contentpreneur2020@yayasankru.org.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Oktober 2019.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino